8 Aug 2010

Perkembangan di Gaza

Sambungan DARI SINI.
.

Mac 2006 - Amerika Syarikat (AS) menggantung bantuan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA), melarang kerajaan AS berhubung dan menjalankan urusan jual beli dengan PA.

.

Mac 2006 - Menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Hal Kemanusiaan (OCHA), sempadan Karni, iaitu sempadan utama bagi aktiviti ekonomi di Gaza, ditutup sehingga 60 peratus dalam masa setahun dan harga makanan meningkat sehingga 30 peratus.

.

Mac 2006 - Ehud Olmert dilantik menjadi Perdana Menteri Israel.

.

April 2006 - Kerajaan PA pimpinan Hamas menolak syarat yang diberikan Kuartet. Menurut PBB, kadar pengangguran mencecah sehingga 50 peratus di Gaza, dan 67 peratus daripada penduduk hidup di bawah garisan kemiskinan.

.

Mei 2006 - Krisis yang semakin meruncing di Gaza menyebabkan Kesatuan Eropah (EU) memperkenalkan sistem terbaru bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada PA dan memastikan perkhidmatan awam yang penting serta penghantaran minyak ke Gaza dapat diteruskan.

.

Jun 2006 - Pejuang Palestin menculik dan menahan seorang askar Israel, Gilad Shalit, semasa pertempuran di sempadan Israel-Gaza, mengakibatkan pencerobohan besar-besaran oleh Israel ke atas Gaza dalam usaha mencari Shalit.

.

Oktober 2006 - Rundingan berhubung penubuhan kerajaan perpaduan di Palestin tidak berjaya. Hubungan antara Fatah dan Hamas terus meruncing.

.

26 November 2006 - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert bersetuju mengadakan gencatan senjata, menamatkan serangan selama lima bulan oleh Israel ke atas Genting Gaza. Menurut Kementerian Kesihatan PA, serangan itu mengakibatkan 457 penduduk terkorban, dengan satu per tiga daripada jumlah itu adalah kanak-kanak, selain mencederakan 1,000 yang lain.

.

(Disiarkan di halaman Global, Sinar Harian, 4 Ogos 2010)

..

Mac 2007 - Kerajaan perpaduan Palestin yang baru dilantik dan dipimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh dan disertai Fatah, pejuang-pejuang Hamas, parti bebas serta ahli parlimen bersayap kiri.

.

7 Jun 2007 - Pejuang Hamas mengambil alih Gaza selepas Fatah diarah meletakkan jawatan. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas membubarkan kerajaan kesatuan dan mengisytiharkan darurat.

.

9 Jun 2007 - Persimpangan antara Rafah dan Mesir ditutup kepada orang awam sehingga 1 Jun 2010. Ia hanya dibuka kepada pemegang visa asing, pesakit yang memerlukan bantuan perubatan dan pelajar.

.

12 Jun 2007 - Israel menutup laluan Karni di sempadan Gaza-Israel. Jalan itu digunakan untuk membawa barangan komersial dalam kuantiti yang banyak.

.

November 2007 - Mahmoud Abbas dan Ehud Olmert bersetuju menandatangani satu perjanjian damai dengan Presiden AS, George Bush pada persidangan di Annapolis serta memulakan perbincangan untuk mencapai persetujuan mengenai perancangan masa depan negara Palestin pada akhir tahun 2008.

.

2 Disember 2007 - Mahkamah Tinggi Israel memutuskan untuk menyekat bekalan minyak dan elektrik ke Gaza berdasarkan undang-undang negara itu.

.

Disember 2007 - Bantuan sebanyak AS$7.4 bilion (RM24 bilion) disalurkan ke Gaza pada persidangan di Paris.

.

Januari 2008 - Sejumlah 700,000 penduduk Gaza menyeberangi sempadan Rafah ke Mesir untuk mendapatkan makanan dan petrol kerana kekurangan bekalan akibat sekatan. Terowong bawah tanah menghubungkan Gaza-Mesir digunakan untuk aktiviti penyeludupan turut digunakan untuk membawa masuk bekalan makanan dan ubat-ubatan.

..

(Disiarkan di halaman Global, Sinar Harian, 5 Ogos 2010) - Bersambung – DI SINI