Sunday, 8 August 2010

Sinar di Gaza

Wartawan Meja Global akhbar Sinar Harian, Farah Zamira Farush Khan, menyertai konvoi Ramadan di Gaza anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang bertolak pada 6 Ogos 2010 dan akan melaporkan perkembangan mutakhir dari semasa ke semasa menerusi halaman Global akhbar berkenaan.
.

Sementara itu, berikut rentetan beberapa peristiwa penting berkaitan Gaza yang boleh membantu kita lebih memahami isu di sana. Maklumat berikut disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 3-7 Ogos 2010.

.

11 September 2005 - Israel memindahkan sekurang-kurangnya 8,000 penduduknya dari Genting Gaza dan pendudukan selama 40 tahun berakhir selepas Israel menarik semula pasukan tentera dan pembongkaran kemudahan ketenteraan di Gaza.

.

15 November 2005 - Perjanjian Pergerakan Akses (AMA) ditandatangani oleh Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (PA), menetapkan Rafah dan semua titik persimpangan ke Gaza beroperasi secara terus-menerus dan Israel membenarkan pergerakan antara Tebing Barat dan Gaza.

.

25 November 2005 - Terminal Rafah dan Mesir dibuka untuk memilih ahli di bawah AMA. Kesatuan Eropah (EU) dan Misi Bantuan Sempadan (BAM) mengawasi kawalan sempadan.

.

Januari 2006 - Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon diserang strok dan Ehud Olmert menjadi pemangku Perdana Menteri.

.

25 Januari 2006 - Hamas memenangi kerusi terbanyak dan mengalahkan Fatah dalam Pilihan Raya Parlimen Palestin.

.

30 Januari 2006 - Kuartet yang terdiri daripada Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Rusia menetapkan tiga syarat untuk Hamas mendapatkan bantuan antarabangsa: mengecam Israel, meninggalkan kekerasan dan bersetuju dengan perjanjian sebelum yang ditandatangani.

.

Februari 2006 - Israel membuat keputusan menahan berjuta-juta dolar daripada pendapatan cukai bulanan yang perlu dibayar kepada PA.

.

12 Mac 2006 - Israel menutup Erez dan hanya pemegang permit, pekerja perubatan dan bantuan perubatan serta rakyat Palestin dibenarkan menyeberangi sempadan Gaza-Israel.

.

(Disiarkan di halaman Global, Sinar Harian, 3 Ogos 2010) - Bersambung – DI SINI

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!