Wednesday, 21 July 2010

The Writer's Cat

Saya mendapat berita gembira melalui e-mel daripada Sharon Bakar pada petang 15 Julai 2010. Cerpen “The Painted Cat” lulus untuk dimuatkan dalam antologi yang sedang beliau usahakan bersama Bernice Chauly.
..

Saya terjemahkan cerpen “Cat” ke Bahasa Inggeris dengan judul “The Painted Cat” dan catatan mengenainya boleh dibaca DI SINI.

.

Alang-alang bercakap mengenai kucing, pada 17 Julai 2010, saya sempat menonton DVD Ghost Cat (2003) tulisan Larry Ketron, arahan Don McBrearty serta lakonan Ellen Page (Juno, 2007) sebagai Natalie Merritt, Shirley Knight (Mrs Ashboro), Lori Hallier (Brenda), Michael Ontkean (Wes Merritt) dan Shawn Roberts (Kurt). Mungkin nama-nama pelakon ini asing kerana kebanyakannya pelakon berbakat dari Kanada, bukan pelakon Amerika Syarikat.

.

Ellen Page pernah saya lihat sebagai Maggie dalam Peacock (2010) dan boleh juga dilihat sebagai Ariadne dalam Inception (2010). Shawn Roberts pernah saya lihat sebagai David Burnham dalam Edge of Darkness (2010) dan boleh juga dilihat sebagai Albert Wesker dalam Resident Evil: Afterlife (2010).

.

Shirley Knight, pelakon Amerika Syarikat, antara lain berlakon dalam Locked In (2005), Open Window (2006), Grandma’s Boy (2006), The Other Side of the Tracks (2008) dan The Melancholy Fantastic (2010) – kesemua filem yang belum saya tonton. Apa pun, penampilannya sebagai Mrs Ashboro mengingatkan saya kepada Sharon Bakar!

.

Filem Ghost Cat juga dikenali dengan judul Mrs Ashboro’s Cat dan nama kucing berkenaan ialah Margaret; berbanding kucing dalam cerpen “Cat” dan “Cat2” yang namanya ialah Cat.

.

Selepas kejayaan “The Painted Cat”, mungkin selepas ini saya akan menterjemahkan “Cat2” kepada “The Writer’s Cat”.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!