Saturday, 12 June 2010

Simposium mengenang Usman Awang dan Lim Lian Geok

KUALA LUMPUR - Dalam usaha mengenang negarawan berjiwa patriotik, LLG Cultural Development Centre Bhd menganjurkan Simposium Lim Lian Geok dan Usman Awang: Nasionalis Malaysia yang Tulen pada 19 Jun ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpuir & Selangor, di sini.
.

Urus setia, Cik Tey Hwey Gek berkata, simposium ini bertujuan membina persepsi lebih menyeluruh dan seimbang tentang perjuangan pendidikan bahasa dan sastera dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum yang sering ditanggapi secara negatif berikutan kurangnya pendedahan dan dialog secara terbuka.

.

“Kami cuba membuka ruang untuk membangkitkan pemahaman yang lebih mendalam tentang isu dan gagasan pendidikan, bahasa dan sastera seperti yang diperjuangkan dua negarawan unggul iaitu mendiang Lim Lian Geok dan Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

.

Panel yang akan membentangkan makalah termasuk Kassim Mohamad dengan kertas kerja bertajuk “Isu Bahasa dan Gagasan Perjuangan Usman Awang”, Dr Tan Yao Sua (“Isu dan Perjuangan Pendidikan Bahasa Ibunda Lim Lian Geok”), Uthaya Sankar SB (“Antara KeMelayuan dan Kemanusiaan Sejagat: Sorotan Karya Usman Awang”), Lee Ban Chen (“Pemikiran Realisme dan Sosialisme dalam Karya Usman Awang”) dan Dr Chong Fah Hing (“Patriotisme dan Nasionalisme dalam Karya Lim Lian Geok dan Usman Awang”).

.

“Penganjur mengalu-alukan kehadiran pejuang bahasa, peminat sastera dan orang ramai ke majlis ilmu ini untuk berkongsi pandangan dan menambah pengetahuan.

.

“Maklumat lengkap ada di laman sesawang www.llgcultural.com atau boleh menghubungi talian 03-26971971,” katanya.

.

Nota 1: Simposium ini akan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

.

Nota 2: Versi ringkas berita ini disiarkan dalam akhbar Sinar Harian (edisi Selangor/KL) pada 12 Jun 2010.

..

Nota 3: Rangka atur cara seperti berikut:

9:00 pagi - Pendaftaran

9:30 pagi - Ucapan

9:45 pagi - Pelancaran buku

10:15 pagi - Persembahan multimedia

11:00 pagi - Sesi Satu (Kassim Mohamad, Dr Tan Yao Sua)

12:00 tengah hari - Sesi Dua (Uthaya Sankar SB, Lee Ban Chen, Dr Chong Fah Hing)

1:00 tengah hari - Penutupan

1 comment:

  1. Saya akan cuba hadir demi memartabatkan bahasa ibunda tanahair. Salam perjuangan tulen!

    ReplyDelete

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!