1 May 2010

Satu Bahasa, Pelbagai Budaya

Saya berpeluang menghadiri Forum Penulis Pelbagai Kaum: Satu Pertemuan Kreatif pada 8 Januari 1994 anjuran Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan dihadiri sekitar 80 peserta pelbagai kaum.
.

Saya agak terkilan kerana sepanjang forum, panel dominan memperkatakan karya kaum dan bahasa masing-masing. Panel sekadar “mencadangkan” agar penulis pelbagai kaum menulis dalam Bahasa Malaysia.

.

Lalu, saya menulis sebuah laporan pendek yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia untuk melahirkan pandangan saya. Suka saya nyatakan bahawa saya masih berpegang teguh pada pandangan itu; tanpa menafikan atau pun meminggirkan bahasa-bahasa lain.

.

Sila KLIK DI SINI untuk membaca pandangan berkenaan.