Kumpulan Cerita Rakyat India bertajuk Nari! Nari! yang mula-mula diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1995 dan diulang cetak pada 2000, kini sudah tiada dalam pasaran.
Bagaimanapun, pada 17 Mac 2010, keputusan dicapai untuk menerbitkan edisi baru buku berkenaan di bawah penerbit lain; seperti yang boleh dibaca DI SINI.
Saya menaip semula manuskrip buku berkenaan dan mengirimnya kepada penerbit berwibawa berkenaan pada pagi 12 April 2010.
Pihak penerbit mengenal pasti beberapa pelukis (ilustrator) yang sesuai untuk menghasilkan ilustrasi bagi buku berkenaan.
Bagaimanapun, selepas berbincang dengan ketua editor di penerbitan berkenaan, kami bersetuju untuk membuka peluang kepada bakat-bakat muda yang berminat membuat ilustrasi bagi Kumpulan Cerita Rakyat India bertajuk Nari! Nari!
Jumlah bayaran honorarium dan pembayaran kepada ilustrator akan diuruskan sepenuhnya oleh penerbit. Manakala ilustrator akan berbincang dengan penulis (Uthaya Sankar SB) dan ketua editor mengenai konsep ilustrasi yang diinginkan.
Pelukis berkenaan juga sebaik-baiknya berada di Lembah Klang dan boleh datang ke Shah Alam untuk mengadakan siri perbincangan dengan penulis.
Bayaran honorarium yang dituntut oleh pelukis serta bakat melukis yang dimiliki adalah antara faktor yang bakal diambil kira sebelum penerbit dan penulis membuat keputusan muktamad mengenai ilustrator yang dipilih bagi projek ini.
Mana-mana individu yang berminat dipelawa menghubungi penulis melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau talian 016-3288142 selewat-lewatnya 25 April 2010. Yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan.