Demikian saya mencatatkan pandangan terbuka, berani dan ikhlas pada ruangan status di Facebook pada sekitar 6:15 petang, 4 April 2010.
Saya turut memaparkan beberapa maklumat tambahan dari semasa ke semasa bersumberkan berita yang dikeluarkan Bernama, sehingga sekitar 10:00 malam.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan kehadiran 2,561 pengundi baru yang direkodkan sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008 dan menyifatkannya sebagai ajaib.
Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel) membidas tindakan kerajaan pusat meluluskan pelbagai projek perumahan dan sekolah kepada penduduk Hulu Selangor kerana tindakan itu jelas bercanggah Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006).
Berdasarkan daftar induk terkini, Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar. 63,701 daripadanya pengundi biasa dan 799 pengundi pos. 2,561 adalah pengundi baru dan 1,343 menukar alamat. 32,380 pengundi lelaki dan 32,120 wanita. 34,020 (52.7%) Melayu, 16,964 (26.3%) Cina dan 12,453 (19.3%) India.
“MIC yakin Barisan Nasional (BN) akan merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil, 25 April,” kata Naib Presidennya, Datuk Dr S Subramaniam.
Penyokong parti-parti politik dalam pilihan raya kecil 25 April diingatkan bersikap matang dan tidak terbuai dengan emosi sehingga mencetuskan insiden tidak diingini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran agar tidak mencetuskan kekecohan atau melanggar undang-undang.
Calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diumumkan pada 15 April, kata Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengakui, terdapat sedikit kegusaran kerana Pilihan Raya Kecil Ke-10 (sejak PRU-12, 8 Mac 2008) adalah yang pertama di Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) belum menyentuh isu calon yang bakal mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
“Datuk Seri Najib Razak dah putuskan calon terbabit dan memberitahu saya mengenainya, jadi ia akan diumumkan 15 April ini,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada media selepas menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Petronas Malaysia di Litar Sepang.
“Semua parti politik dilarang berkempen sebelum tempoh rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari penamaan calon, 17 April,” Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan.
.
Untuk makluman, "Saya tidak memihak mana-mana badut politik," seperti yang turut saya nyatakan di Facebook.