Lalu, saya membalas begini: Thanks to those who “took good note” in their “Birthday Album” of my “birthday” on Facebook. It's very easy, actually. Third Sunday of June; every year. The same day as Father’s Day; every year.
Sebenarnya, sejak bergelar bapa, saya lebih suka menyambut Hari Bapa berbanding Hari Jadi.
Demikian juga saya jelaskan di Facebook pada 10 Jun 2009 apabila ramai sahabat menulis catatan “Happy Birthday” pada dinding (wall). Sila KLIK DI SINI untuk membaca catatan saya.
Maka, pada 21 Jun 2009, saya mengubah maklumat di Facebook dan menyesuaikannya kepada “Ahad ketiga Jun”.
Saya tidak menghalang sesiapa menyambut Hari Jadi masing-masing. Cuma, jangan ada sesiapa yang mempertikaikan keputusan saya untuk mengutamakan Hari Bapa berbanding Hari Jadi saya.