Wednesday, 10 June 2009

Hari Lahir vs Hari Bapa

Alahai! Nampaknya tak ada peluang dan ruang untuk saya “lupa” tarikh lahir sebab ramai yang setia mengingatkan di Facebook dan melalui kiriman SMS.
.
Sebenarnya, saya lebih suka menyambut Hari Bapa sejak bergelar “Acha” (“ayah” dalam Bahasa Malayalam).
.
Hmm … Lepas ni nak tukar tarikh lahir di Facebook kepada “Ahad ketiga bulan Jun”. he he he

1 comment:

  1. Salam sejahtera buat saudara.

    Saya sesungguhnya tertarik untuk komen apa yang anda tulis dalam blog anda ini berkenaan sambutan hari lahir.

    Bagi ibu anda, hari lahir anda adalah yang paling penting baginya dalam dunia ini. Begitu juga dengan isteri anda yang akan menyambut hari lahir anak anda daripada sambutan hari bapa.

    Hari bapa akan muncul apabila ada hari lahir seorang insan yang kita namakan sebagai anak atau zuriat. Oleh itu, sambutan hari lahir adalah sama pentingnya dengan sambutan hari bapa.

    "Saya tidak akan menyambut hari lahir saya langsung" ini adalah hak individu anda secara orang perseorangan. Tetapi apabila ada insan yang mengucap "Selamat hari Lahir", jangan tolak. Just say "thank you for your wishes".

    Saya pun insan di dunia yang digelar ayah. Tetapi apabila insan lain mengucap selamat hari lahir, saya tak pernah tolak. Saya tak pernah menyambut hari lahir saya sehingga ke hari ini. Tetapi tak pernah terfikir saya untuk menutup mulut orang memberi ucapan dengan posting sebegini dalam blog saya.

    Salam.

    M.A.

    ReplyDelete

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!