21 Feb 2010

Mengimbau Aktiviti Kavyan

Sejak diasaskan pada 22 Ogos 1999, Kumpulan Sasterawan Kavyan terus aktif mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya di seluruh negara.
.

Pasti sahaja saya secara peribadi amat terhutang budi kepada setiap individu yang komited memberi kerjasama ke arah kejayaan Kavyan.

.

Sedikit maklumat aktiviti Kavyan dari Ogos 1999 hingga Disember 2002 boleh dibaca DI SINI. Dapat juga saya mengimbau kisah lama serta mengenang sumbangan beberapa individu yang terlibat sama dalam menggerakkan Kavyan pada awal penubuhannya.

.

Bagi tahun 2010, pelbagai aktiviti terus dirancang dari semasa ke semasa atas usaha Jawatankuasa Kavyan dengan kerjasama pelbagai pihak.

.

Senarai sebahagian aktiviti yang dirancang bagi 2010 boleh dirujuk DI SINI. Tentu sahaja Kavyan sentiasa membuka pintu dan mengalu-alukan orang ramai – dan ramai orang – menyertai pelbagai aktiviti yang dikendalikan.