Sekitar 3:00 petang, 2 Oktober 2009, kami meninggalkan Hotel Kingwood menuju ke Lapangan Terbang Sibu.
Selepas mendaftar masuk, Encik Yik How Sing (Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Sibu-Mukah) membawa kami (saya, Puan Norhayati dan Encik Wee) keliling Sibu Jaya.
Beliau memaklumkan bahawa rumah-rumah yang berbumbung hijau adalah untuk penduduk Melayu, merah untuk penduduk Cina dan biru untuk penduduk Iban.
Saya dan Puan Norhayati agak terkejut mendengar “pendedahan” itu kerana kami menyangka Sarawak adalah model terbaik perpaduan dan semangat 1Malaysia.
Penerbangan MH2255 dari Sibu ke Kuching mengambil masa sekitar 35 minit. Saya berpeluang duduk di kerusi berhampiran tingkap sebelah kiri pesawat (dua lagi kerusi kosong) dan merakam foto-foto khusus untuk ditunjukkan kepada Devishi.
(Foto-foto berkenaan juga dimuatkan di Facebook untuk tatapan rakan-rakan.)
Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, saya dan Puan Norhayati makan sambil berbual-bual. Saya berpeluang mengenali beliau secara lebih dekat. Beliau ternyata seorang yang banyak ilmu dan pengalaman, tetapi suka merendah diri.
Selepas makan, kami bercadang melayari internet. Malangnya, akses tidak dibuka kepada umum. Maka kami berbual serta menonton berita Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin sementara menunggu.
Penerbangan MH2597 yang sepatutnya berlepas pada pukul 8:00 malam ditunda ke pukul 8:30 malam.
Akhirnya kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (BUKAN Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur!) pada pukul 10:10 malam. Terpaksa pula menanti agak lama untuk mengambil beg.
Rajan dan Nisha menunggu untuk mengambil saya di luar Pintu 1. Maka, selesailah aktiviti sulung di Sibu. Selepas ini, tidak sabar untuk ke Sandakan pula pada 5 Oktober!