Pada pagi 2 Oktober 2009, saya memandang keluar tingkap dari bilik di tingkat 10 Hotel Kingwood, Sibu dan mendapati keadaan jerebu semakin pulih, berbanding dua hari lalu.
Pada masa yang sama, laporan berita CNN di televisyen tidak putus-putus melaporkan perkembangan mutakhir tragedi gempa bumi di Indonesia.
(Saya percaya – dan berharap – para petugas Unit Bencana RTM mampu melakukan yang terbaik untuk melaporkan insiden itu.)
Sementara itu, di Sibu pula, berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Program Sumbangan Buku dan Aktiviti Pengembangan Budaya Membaca anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).
Saya kagum dengan kecekapan petugas Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Sibu-Mukah menyediakan video aktiviti 30 September hingga 1 Oktober yang mampu memberi gambaran menyeluruh kepada orang ramai (dewan penuh!) mengenai setiap aktiviti yang dijalankan.
Norfarwizah bt Alihassann (Tokoh Nilam Sarawak 2009, Kategori Sekolah Rendah Bandar) dari SK Agama Sibu menceritakan mengenai novel “Harry Potter dan Batu Hikmat” yang pernah dibacanya.
Encik Abd Halim bin Ismail (Pengarah Urus Setia Tetap MBKM) dalam ucapan beliau menyebut: “Orang memberi, kita membaca”.
Manakala Dr Haili bin Dolhan (Timbalan Ketua Pengarah Pelajar Malaysia) dalam ucapan perasmian penutupan menyatakan: “Membaca dapat menambah nilai berfikir”.
Kata-kata yang biasa dan mudah; tetapi amat bermakna.
Selesai acara, para peserta “berbaju oren” sibuk mengambil foto kenang-kenangan sebelum berlepas pulang. Tentu sahaja saya tidak melepaskan peluang untuk turut berbuat demikian!
Foto-foto yang saya ambil boleh dilihat pada beberapa album foto berlabel “Sibu” di Facebook.