
Atau mungkin juga kerana jerebu dan akibat kualiti udara yang dilaporkan agak buruk.
Apapun, selain daripada pelbagai kenangan manis dan amat berharga dari Sibu, saya turut membawa pulang selesema, demam, batuk dan sakit kepala apabila pulang pada 2 Oktober.
Mungkin rehat yang secukupnya serta ubat tradisional Cina boleh membantu memulihkan kesihatan saya dengan segera.
Tentu sahaja saya tidak mahu membawa selesema, demam, batuk dan sakit kepala ke Sandakan, Sabah pada 5 Oktober.
Penjual ubat tradisional Cina menasihatkan saya supaya minum banyak air suam, elakkan minum air sejuk, serta jangan makan telur dan daging ayam (selain daging lembu dan daging babi yang memang saya tidak makan).