13 Aug 2009

Sambutan terhadap Buku-buku Kubur

Sambutan terhadap “Buku-buku yang Bangkit Semula dari Kubur” ternyata amat memberangsangkan. Sehingga pukul 12:00 tengah malam, 12 Ogos 2009, saya sudah menerima tempahan bagi 18 set buku daripada 15 orang.

Setiap set terdiri daripada empat buku; iaitu Siru Kambam, Surat dari Madras, Orang Dimensi dan Hanuman: Potret Diri.

Bagi sesiapa yang tidak tahu mengapa buku-buku berkenaan digelar “Buku-buku yang Bangkit Semula dari Kubur” (atau ringkasnya “Buku dari Kubur”), sila KLIK DI SINI dan DI SINI untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kepada semua yang membuat tempahan dan membuat bayaran. Saya mengirim buku sebaik sahaja saya menerima stok.

Saya masih membuka tawaran kepada individu yang mungkin berminat membeli buku-buku ini secara pakej dengan harga istimewa. Untuk maklumat lanjut mengenai buku-buku berkenaan serta harga pasaran setiap buku, sila klik pada judul di bawah:

Orang Dimensi (1994)
Siru Kambam (1996 & 1997)
Hanuman: Potret Diri (1996)
Surat dari Madras (1999)