Saturday, 8 August 2009

Kisah Penuh Buku dari Kubur

Saya berasa amat gembira menerima surat bertarikh 22 Julai 2009 daripada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato' Haji Termuzi Abdul Aziz. Surat itu saya terima melalui pos pada 4 Ogos 2009.

Lalu, kisah gembira itu mahu saya kongsikan dengan orang ramai supaya kita semua dapat sama-sama menikmati perasaan gembira yang tidak terhingga itu dengan semangat “Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sebenarnya, saya ada bertemu Dato' Haji Termuzi semasa kami sama-sama menghadiri Mesyuarat Maklum Balas Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris di Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya pada 3 Ogos 2009.

Bagaimanapun, beliau bersikap amat profesional dengan tidak menceritakan kepada saya mengenai surat yang beliau tandatangani dan sudah dikirim kepada saya melalui pos.

Berita gembira yang disampaikan oleh Dato' Haji Termuzi melalui surat itu adalah sebagai menjawab surat saya bertarikh 22 Jun 2009 yang telah saya sampaikan sendiri kepada Pengurus Hak Cipta DBP, Hajah Asiah Daud pada 24 Jun 2009.

Sila KLIK DI SINI untuk membaca kisah penuh, seperti yang disiarkan di The Malaysian Insider pada 8 Ogos 2009.

1 comment:

  1. Saya tabik dengan usaha saudara yang sanggup bersusah payah membangkitkan buku-buku saudara dari kubur, SYABAS!!!
    DBP terlalu selesa selama ini kerana rata-rata penulis begitu jahil tentang hak cipta, hak penulis dan membiarkan diri ditindas oleh sesetengah kakitangan yang tidak profesional di DBP.
    Saya sendiri pernah membuat panggilan telefon ke Bahagian Hak Cipta DBP dari pagi hingga petang tetapi tiada siapa pun yang menjawab panggilan saya; seolah-olah bahagian itu tidak ada staf yang bertugas dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
    Sebenarnya, banyak lagi kisah duka yang dialami oleh warga penulis kita, cuma mereka protes secara diam, antaranya tidak lagi menghantar manuskrip kepada DBP.
    Harap Ketua Pengarah Baru DBP dapat membawa sedikit perubahan yang positif kepada nasib penulis.

    ReplyDelete

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!