Susulan daripada surat Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz (bertarikh 22 Julai 2009 dan saya terima melalui pos pada 4 Ogos 2009) – BACA DI SINI – maka saya dengan penuh gembira memutuskan untuk pergi sendiri pada pagi 5 Ogos 2009 untuk “mengesan” baki stok yang tiba-tiba sahaja “muncul dari kubur”.
Khabarnya, “saki-baki” stok adalah seperti berikut:
Orang Dimensi – 80 naskhah
Siru Kambam – 209 naskhah
Surat dari Madras – 106 naskhah
Hanuman: Potret Diri – 250 naskhah
Mula-mula, saya ke Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka di Menara DBP, Kuala Lumpur untuk meninjau kalau-kalau ada stok di sana. Tiada. Sistem dalam talian pula bermasalah dan tidak dapat digunakan untuk menyemak baki stok di Kompleks Dawama, Hulu Kelang.
Bagaimanapun, staf di Koperasi DBP menghubungi staf di Hulu Kelang melalui telefon untuk cuba mendapatkan butiran “saki-baki” buku-buku saya yang pernah diterbitkan oleh DBP.
Laporan “saki-baki” stok yang dinyatakan adalah seperti berikut:
Orang Dimensi – 0 naskhah
Siru Kambam – 0 naskhah
Surat dari Madras – 0 naskhah
Hanuman: Potret Diri – 200 naskhah
Selepas itu, saya ke Bahagian Pengeluaran dan Penyelarasan Penerbitan di Tingkat 10 Menara DBP. Ketua Bahagian tiada.
Akan tetapi, seorang pegawai yang begitu baik hati sudi menyemak “saki-baki” stok secara dalam talian. (Malangnya, saya tidak ingat nama beliau!)
Jumlah stok yang dinyatakan adalah:
Orang Dimensi – 2 naskhah
Siru Kambam – 131 naskhah
Surat dari Madras – 0 naskhah
Hanuman: Potret Diri – 205 naskhah
Seterusnya, saya ke Bahagian Hak Cipta. Pukul 10:15 pagi. Tidak ada walau seorang pun manusia di bahagian berkenaan.
Dari Tingkat 10, saya ke Tingkat 19 dengan harapan dapat bertemu Pengarah Penerbitan. Malangnya, saya dimaklumkan bahawa beliau menghadiri mesyuarat.
“Lain kali, telefon dulu, baru datang,” demikian nasihat yang diberikan.
Kebetulan, di Tingkat Bawah, bertembung dua rakan dari Dawama: Zamani dan Ridzuan. Mereka melakarkan peta jalan ke Kompleks Dawama.
Sampai di sana pada pukul 12:10 tengah hari dalam suasana hujan. Mohd Isa Khamis di Bahagian Pemasaran menyambut saya dengan penuh gembira. Nampaknya, beliau juga menerima salinan surat daripada Ketua Pengarah DBP pada 4 Ogos 2009.
Beliau menyemak “saki-baki” stok dan memberikan laporan berikut:
Orang Dimensi – 80 naskhah
Siru Kambam – 209 naskhah
Surat dari Madras – 106 naskhah
Hanuman: Potret Diri – 230 naskhah
Tidak semua stok itu ada di Kompleks Dawama, Hulu Kelang. Ada sebahagian di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor.
Mohd Isa akan menghubungi saya untuk memberitahu jumlah diskaun yang ditawarkan untuk membeli kesemua “saki-baki” buku berkenaan.
Sementara itu, sehingga pagi 9 Ogos 2009, 6 individu sudah membuat tempahan untuk membeli pakej “buku-buku dari kubur” dengan “harga dari kubur”.