Devishi Prabha Sankari mendapat kad laporannya hari ini. Sekitar pukul 1:40 tengah hari, sewaktu saya di KL Sentral – dalam perjalanan dari Kepong ke Angkasapuri – Devishi menelefon untuk memaklumkan markah-markah yang diperolehnya.
Bahasa Malaysia (Pemahaman) – 85%
Bahasa Malaysia (Penulisan) – 85%
Bahasa Inggeris – 99%
Matematik (Bahasa Inggeris) – 100%
Sains (Bahasa Inggeris) – 96%
Pendidikan Moral – 96%
Pendidikan Seni – 66%
Devishi memang sedia maklum bahawa jumlah markah yang diperoleh bukan penting; apatah lagi kedudukan dalam kelas.
Pada hari-hari yang saya berpeluang mengambilnya selepas sekolah, saya akan berbual dengan Devishi tentang apa perkara baru yang dipelajarinya di sekolah.
Saya juga sentiasa menasihatkannya supaya tidak berorientasikan markah peperiksaan. Apa yang penting adalah ilmu yang ditimba.
Dan saya gembira kerana Devishi memahami bahawa apa yang penting adalah ilmu dan pemahaman; bukannya markah dan kedudukan dalam kelas.
Pastinya bimbingan si ibu juga amat membantu si anak cemerlang dalam pelajaran.