28 Jun 2009

Anjing!

Dua hari lalu, saya sempat membelek-belek majalah Dewan Sastera keluaran Julai 2009.

Perkara yang mencuri tumpuan saya adalah mengenai kehadiran dua buah cerpen yang ada kaitan dengan anjing.

Saya katakan perkara itu mencuri tumpuan saya kerana terdapat sebuah cerpen berjudul “Anjing” dalam Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia (2009).

Ada seseorang yang memberitahu saya bahawa kehadiran “Anjing” mungkin sedikit menjejaskan sambutan masyarakat Melayu-Islam terhadap Kathakali.

Saya cuba memberitahunya bahawa setahu saya, dalam Islam, pemeliharaan anjing (secara fizikal) masih dibenarkan jika untuk tujuan memburu dan/atau mengawal harta-benda.

Cuma, Malaikat Jibrail tidak masuk ke rumah yang ada anjing.

Bagaimanapun, cerpen “Anjing” saya tiada kaitan – apatah lagi menjejaskan – semua itu.

Akan tetapi, seseorang itu hanya memandang saya dengan pelik, lalu menukar topik.