Saya memulakan tahun 2009 dengan tiba-tiba sahaja membuat keputusan untuk menggunakan sebaik-baiknya nilai komersial yang ada pada suara saya.
Sejak mula menulis karya sastera dan rencana secara serius pada tahun 1990-an, saya amat menyedari bahawa bakat menulis yang ada pada saya merupakan anugerah Tuhan.
Suatu perkara yang sering kurang saya berikan perhatian adalah mengenai suara saya yang dikatakan “sedap”; sebagai tambahan kepada kelancaran dalam berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil.
Pada 30 Disember 2008, selepas saya menyumbangkan suara untuk mengulas simulasi kerja-kerja mencari dan menyelamat oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, serta gerak kerja Unit Bencana RTM membuat laporan langsung dari lokasi, beberapa pihak bertanya, mengapa suara saya sudah tidak lagi kedengaran di radio dan televisyen.
Sebenarnya, agak sukar untuk menjawab pertanyaan seperti itu. Keputusan untuk membolehkan suara (dan wajah) saya kedengaran (atau muncul) di radio (atau televisyen) tidak terletak pada tangan saya. Maka, saya tidak boleh menjawab pertanyaan mengapa suara saya tidak lagi kedengaran di radio dan televisyen.
Pertanyaan seumpama itu bagaimanapun membuatkan saya berfikir – atau lebih tepat lagi, mengenang kembali – sejak bilakah nilai komersial pada suara saya dikesan dan “dicari” orang.
Tarikh yang tepat sukar diingat. Selewat-lewatnya pada awal tahun 1990-an. Saya sering diundang menjadi pengacara majlis, mendeklamasi sajak, pengerusi forum, penceramah dan bermacam-macam lagi.
Malah, pernah juga menjadi pengacara bagi program remaja di televisyen serta pencerita dalam program kanak-kanak di radio; selain penyumbang suara latar bahan berita, pengulas akhbar, penyampai berita dan pengacara – di radio dan televisyen.
Saya sering juga menerima undangan untuk menjadi pengacara majlis-majlis rasmi pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Semuanya berkat “suara komersial” yang dianugerahkan Tuhan!
Jadi, berikut antara “perkhidmatan suara komersial” yang mampu saya tawarkan kepada mana-mana pihak yang berminat:
1) Suara latar (voice over)
2) Pengacara majlis
3) Pengulas
4) Penyampai berita
5) Penceramah
6) Fasilitator
7) Peneraju (anchor)
8) Alih suara (drama, kartun dll)
9) Iklan
Mungkin ada yang bertanya, mengapa saya tidak menyumbangkan sahaja “suara komersial” saya di tempat kerja.
Sebenarnya, bukan saya tidak sudi dan tidak mahu, tetapi mungkin pihak berkenaan tidak lagi menganggap suara saya ada nilai komersial. Maklumlah, saya sudah terlalu lama di Angkasapuri.
Lalu, apa salahnya saya menggunakan komoditi berupa suara yang dianugerahkan Tuhan bagi tujuan komersial – sebagaimana saya menggunakan satu lagi anugerah Tuhan iaitu bakat menulis.
Saya berikan kepada pihak yang memerlukan dan tahu menghargai.