24 Oct 2023

Bicara Hanuman dan Ramayana


Dalam usaha menggalakkan dan merancakkan perbincangan santai tapi berilmu dalam Bahasa Malaysia, satu sesi bicara secara dalam talian (online) sedang diatur. Topik perbincangan adalah berkaitan epik Ramayana dengan berpandukan novel Hanuman: Suara Hati (2013).

 

Acara: Bicara Hanuman dan Ramayana

Tarikh: November 2023

Masa: 9.00 – 11.00 malam [Waktu Kavyan]

Pelantar: Google Meet

 

Proses Pelaksanaan

Sila baca, fahami, dan patuhi sepenuhnya proses pelaksanaan seperti diterangkan di bawah sekiranya anda berminat menyertai sesi bicara ilmu ini.

 

1. Sesi ini bukan untuk tin-tin kosong yang suka merapu dan cakap besar. Sebaliknya, sesi ini untuk orang seperti kita (anda dan saya) yang mahu berkongsi pandangan dan hujah.

2. Peserta mendaftar dengan mengirim nama penuh dan alamat penuh (di Malaysia) kepada Uthaya Sankar SB menerusi WhatsApp 011-11411952.

3. Peserta menyenaraikan tarikh-tarikh TIDAK BOLEH menyertai sesi secara dalam talian pada November 2023. Contoh: Saya tidak boleh sertai pada 11, 12, 13, 19, dan 30 November 2023.

4. Pendaftaran ditutup pada 30 Oktober 2023 (9:00 malam).

5. Tarikh sesi ditetapkan berdasarkan undian para peserta.

6. Tarikh sesi dimaklumkan kepada para peserta pada 31 Oktober 2023.

7. Bahagian “Pengantar” buku Hanuman: Suara Hati dikirim dalam format pdf kepada para peserta menerusi WhatsApp.

8. Para peserta wajib membaca “Pengantar” itu sebagai asas bagi perbincangan semasa sesi dalam talian.

9. Para peserta perlu mengirim satu atau dua soalan berkaitan Ramayana kepada Uthaya menerusi WhatsApp untuk dibincangkan pada sesi dalam talian.

10. Soalan perlu dikirim selewat-lewatnya 24 jam sebelum sesi berlangsung. Individu yang gagal atau lewat mengirim soalan dianggap sudah menarik diri.

11. Sekitar 10 minit sebelum sesi bermula, pautan (link) bagi Google Meet dikirim kepada para peserta berdaftar yang sudah mengirim soalan perbincangan.

12. Perbincangan semasa sesi menggunakan Bahasa Malaysia.

13. Setiap peserta perlu terlibat secara aktif dalam perbincangan. Kita tidak perlukan “penonton” atau “pemerhati” atau “pendengar” atau “saya budak baru belajar”.

14. Peserta perlu memastikan kamera dibuka (switched on) sepanjang sesi.

15. Sesi ini akan dirakam untuk tujuan dokumentasi; termasuk kemungkinan dimuatkan di YouTube.

16. Peserta dilarang keluar topik atau cuba mendominasi keseluruhan sesi perbincangan atau melakukan apa-apa tindakan yang tidak selaras dengan tujuan sesi ilmu ini diadakan. (Ini bukan tempat menyampaikan ceramah atau membentangkan kertas kerja seminar atau menonjolkan diri sebagai pakar Ramayana.)

17. Sehari atau dua hari selepas sesi berlangsung, cenderamata berupa novel Hanuman: Suara Hati (2013) dikirim melalui pos kepada para peserta yang terlibat secara aktif dalam sesi perbincangan. Harap maklum bahawa kiriman buku melalui pos hanya ke mana-mana alamat yang sah di seluruh Malaysia.

Sila baca semula kesemua maklumat di atas dengan teliti sebelum mendaftar sebagai peserta.