8 Aug 2023

Ceramah Panduan Menulis Cerpen di Taiping

Sebagai individu yang lahir dan membesar di Taiping, Perak, saya (Uthaya Sankar SB) merancang untuk berkongsi pengalaman, panduan, dan motivasi penulisan cerpen Bahasa Malaysia dengan sesiapa yang berminat.

 

Acara: Ceramah Panduan Menulis Cerpen

Tarikh: 10 September 2023 (Ahad)

Masa: 10.00 pagi – 1.00 tengah hari

Tempat: Aulong, Taiping [lokasi khusus akan dimaklumkan kepada peserta berdaftar]

Bayaran: RM10 sebagai pengeras atau commitment fee

 

Ini bukan bengkel penulisan dan peserta tidak akan diminta menghasilkan karya semasa sesi. Sebaliknya, ini merupakan sesi ceramah di mana saya berkongsi panduan menulis cerpen bermutu berdasarkan pengalaman menulis secara profesional sejak tahun 1992. Sesi ini diharap memberi suntikan semangat dan motivasi kepada lebih ramai penduduk pelbagai kaum di sekitar Taiping yang berminat menghasilkan cerpen (karya kreatif) bermutu dalam Bahasa Malaysia.

Peserta amat digalakkan mengemukakan pertanyaan semasa ceramah. Bak kata orang, malu bertanya sesat jalan. Malah, sebahagian besar topik perbincangan dalam ceramah ini nanti berasaskan soalan-soalan yang ditanya peserta. Maknanya, saya berkongsi pengalaman, panduan, dan motivasi berasaskan apa-apa yang diminta dan diperlukan oleh para peserta. (Kalau tidak, akan menjadi ceramah “syok sendiri” di mana saya mungkin bercerita hal-hal yang kurang membantu bagi peserta.)

 

Mahu menjadi peserta? Ikut cara mudah ini:

1. Kirim nama penuh anda ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya).

2. Saya akan berikan nombor akaun bank (CIMB) untuk anda membuat bayaran RM10 sebagai pengeras. Harap maklum bahawa bayaran ini tidak dikembalikan jika anda menarik diri atau gagal hadir.                     

3. Kirim slip bayaran kepada saya sebagai pengesahan pendaftaran.

4. Sebagai peserta berdaftar, anda boleh kemukakan maksimum lima (5) pertanyaan mengenai bidang penulisan cerpen. Kirim ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Soalan-soalan ini akan dijawab semasa sesi ceramah.

5. Alamat/lokasi ceramah akan dikirim kepada para peserta berdaftar.

6. Semasa menghadiri ceramah, sila bawa alat tulis dan buku/kertas untuk mencatat nota.

7. Makan-minum tidak disediakan.

 

Tarikh Tutup

Tarikh akhir untuk mendaftar dan membuat bayaran ialah 31 Ogos 2023 (9:00 malam). Hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) jika ada sebarang pertanyaan.