12 Jul 2021

Mendalami Hadis: Catatan 1

Aisyah binti Abu Bakar yang merupakan isteri ketiga Rasulullah menjadi sumber kepada lebih 2,200 Hadis Sahih yang masih menjadi rujukan umat Islam di seluruh dunia.

Orang (termasuk Bukan Islam) selalu mengungkitkan isu umur Aisyah sewaktu berkahwin dengan Nabi Muhammad yang berumur 52 tahun.

Jawapan ada dalam kitab sejarah Islam seperti al-Isti’ab fi Ma’rifah al-Ashab, Siyar al-A’lam al-Nubala’, Usd al-Ghabah, dan al-Bidayah wa al-Nihayah yang tentu sudah dibaca orang Islam.

Sebagai individu yang tidak tahu bahasa Arab, saya hanya mampu merujuk pelbagai Hadis Sahih — termasuk kata-kata Aisyah sendiri — untuk mendapatkan jawapan paling sahih dan tidak boleh dipertikai oleh sesiapa.

Tambahan pula, selepas Quran, sumber paling sahih bagi umat Islam ialah muttafaq ‘alayhi yang terkandung dalam Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim.

Rujukan pada Hadis Sahih al-Bukhari menunjukkan Rasulullah menikahi Aisyah sewaktu umurnya 6 tahun. Mereka “bersama” (menjalin hubungan seks) sebagai suami-isteri semasa Aisyah berumur 8 atau 9 tahun.

Sekiranya rajin membaca, Hadis Sahih boleh menjadi sumber rujukan dan panduan berguna kepada para lelaki Muslim berdasarkan kisah-kisah hubungan intim Rasulullah dengan para isteri baginda.

Dalam amalan sekarang, balu dan janda Muslim akan segera dipinang lelaki lain (mungkin untuk memberi perlindungan). Berbeza pula dengan para balu dan janda Rasulullah.

Mengapa? Kisah penuh boleh dibaca dalam kumpulan esei Suvarna Bhumi (2022). Nota: Ditulis sebelum saya tinggalkan Islam - [baca di sini]