20 Apr 2021

Responden Kaum India Diperlukan

Sebagai seorang pengkaji dan penulis sepenuh masa, saya [Uthaya Sankar SB]  sedang mengenal pasti minimum 100 individu kaum India untuk mengumpul data (maklum balas) mengenai topik mengapa kaum India kurang berminat menghasilkan karya Bahasa Malaysia (BM) sama ada karya fiksyen (cerpen, novel, puisi dll) atau non-fiksyen (rencana, kertas kerja, biografi dll).

Dua kriteria yang wajib dipenuhi:

1. Warganegara Malaysia dan kaum India (Tamil, Telugu, Malayali, Punjabi, Chetti Melaka dll).

2. Lahir antara tahun 1960 dan 2005.

Saya sedang mengumpul data asas (permulaan) daripada individu yang sudi menjadi responden (sukarelawan).

(Saya tidak mahu menjadi seperti Raja Rajeswari Seetha Raman yang sudah terbukti pernah menulis esei dengan data palsu yang dikumpul daripada responden yang tidak wujud — baca di sini]

Sudilah mengisi borang [KLIK DI SINI] sebelum 31 Mei 2021. Saya akan menghubungi para responden selepas 1 Jun 2021 untuk perbincangan lanjut.

Hasil kajian (data) akan digunakan untuk tujuan penulisan. Jika pandangan responden dimuatkan dalam tulisan, nama responden akan dinyatakan.