23 Jul 2020

Sesi Penulisan Intensif di Shah Alam

Bengkel Penulisan Cerpen

Dapatkan panduan dan bimbingan menghasilkan cerpen bermutu bagi memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan.

Sesi anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang aktif mengendalikan pelbagai program bahasa, sastera, kebajikan, seni, dan budaya di seluruh negara sejak tahun 1999.


Menampilkan Uthaya Sankar SB untuk membimbing peserta pelbagai kaum [semua kaum] menghasilkan cerpen bermutu yang sesuai bagi majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bengkel dua hari, satu malam memberi peluang peserta menerima bimbingan secara formal dan tidak formal daripada penulis berpengalaman.

Dari peringkat sumbang saran (brainstorming) hingga manuskrip siap sepenuhnya!


Perbincangan berkumpulan dan bimbingan peribadi bagi memastikan karya yang dihasilkan benar-benar bermutu.

Manuskrip dibedah, dikomen, dan diberi saranan profesional.

Karya yang mencapai tahap mutu yang diharapkan akan dikirim terus kepada editor pada akhir sesi.

Anda mahu menulis tetapi selalu tidak ada masa
 Anda mahu menulis tetapi masih tidak tahu bagaimana
 Anda mahu menulis tetapi tidak cukup berani untuk bermula
 Anda mahu menulis tetapi belum bertemu pembimbing berwibawa
 Anda mahu menulis tetapi tidak tahu tahap kualiti karya yang terhasil

 Sesi ini akan membantu anda mengatasi masalah-masalah seperti di atas.


Pada akhir sesi ini, anda dijamin bermotivasi, memiliki keyakinan diri, serta sudah tahu sepenuhnya selok-belok menghasilkan manuskrip cerpen yang memenuhi format dan tuntutan majalah-majalah terbitan DBP.

Anda akan menjadi penulis yang “disayangi” editor kerana anda mampu membantu permudahkan kerja mereka.


Anda juga berpeluang menghasilkan karya untuk antologi selenggaraan Uthaya pada masa depan.

Bila dan di mana? Mahalkah? Klik untuk maklumat: [Sesi Ogos 2020] [Sesi Disember 2020]


Dapatkan maklumat terkini menerusi [Facebook] atau WhatsApp 011–11411952.