5 Aug 2016

SJKT – Aduan 3

Berikut aduan yang diterima daripada Agatian (bukan nama sebenar) pada 5 Ogos 2016 berhubung SJKT Cairo, Mantin:

Saya seorang guru di SJKT Cairo, Mantin, Negeri Sembilan. Saya pernah dibuli bekas Guru Besar dan kroninya dari 2001 hingga 2003. Hal ini kerana saya tidak seiring dengan mereka dalam isu kewangan PIBG. Saya dianiaya, dianaktirikan dan dipulaukan akibat hasutan Guru Besar dan kroninya. Saya pernah melaporkan perkara ini kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seremban.

Identiti pemberi maklumat dijamin dirahsiakan sepenuhnya. Anda juga boleh tampil mengemukakan aduan demi usaha menyelamatkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) daripada sebarang kelemahan yang menjejaskan impian kempen “SJKT Pilihan Kita” oleh kerajaan.

Rujuk Anda Mahu Terus Membisu? untuk maklumat lanjut – atau KLIK DI SINI.

Paparan isu-isu terpencil ini bertujuan menarik perhatian pihak berkuasa – khasnya Kementerian Pendidikan Malaysia, dan Jabatan Perdana Menteri – supaya siasatan dapat dilakukan sebelum mana-mana SJKT mengalami kemusnahan akibat tindakan tangan-tangan yang rakus.

Harap maklum bahawa anda membaca paparan ini serta segala kandungan mana-mana blog kendalian Uthaya Sankar SB atas pilihan sendiri.