18 Jul 2016

Sumbangan Alat Tulis


Sekitar 30–40 kanak-kanak dan remaja kaum India berumur 9–15 tahun akan menyertai “Program Memartabatkan Bahasa Malaysia” anjuran Kavyan dan DHRRA Malaysia di Aulong Lama, Taiping pada 14 Ogos 2016.

Rata-rata peserta berasal daripada keluarga kurang mampu (miskin) dan kurang pendidikan (ibu bapa tidak belajar tinggi). Mereka juga memerlukan suntikan motivasi dan kasih sayang.

Kavyan akan mengendalikan aktiviti santai seperti menyanyi, melukis, membuat topeng, bercerita dan kaunseling berkelompok bagi membuka ruang dan peluang kepada kanak-kanak ini berkongsi pandangan/perasaan serta memahami kepentingan Bahasa Malaysia.

Kami bercadang memberikan hadiah alat tulis seperti pen, pensel, pembaris, pemadam, pensel warna, pengasah pensel, buku nota dan kotak pensel kepada para peserta.

Bagi menjayakan impian itu, Kavyan memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai yang budiman. Nama para penyumbang akan dipaparkan di sini mulai 1 Ogos 2016.

Jika berminat, sila hubungi saya menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau mesej Facebook atau telefon atau WhatsApp untuk maklumat lanjut. Barangan dijadualkan untuk dibeli pada awal Ogos 2016. Sumbangan diterima sehingga 31 Julai 2016.

Logo Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama

Nota: DHRRA Malaysia menampung kos sarapan dan makan tengah hari. Kavyan menyumbangkan tenaga dan kepakaran. Sumbangan buku ITBM sedang diusahakan. Para peserta juga akan menerima sijil penyertaan.