Sempena International Book
Giving Day (14 Februari
2016), saya [Uthaya Sankar SB] mahu menghadiahkan buku kepada sepuluh
(10) orang rakyat Malaysia. ANDA yang akan
mencadangkan siapa yang harus menerima hadiah berkenaan.
Apa yang perlu anda lakukan:
(1) Fikirkan seorang individu (bukan diri sendiri!)
yang gemar membaca buku Bahasa Malaysia. Individu berkenaan boleh jadi ahli keluarga, saudara-mara atau
sahabat-handai. Mestilah beralamat di Malaysia.
(2) Fikirkan buku mana yang paling sesuai
dihadiahkan kepada individu berkenaan: Rudra Avatara (2008), Panchayat: Edisi Khas (2012), Kisah Dari Siru Kambam (2013), Pulau Pendatang (2015) atau Nari! Nari! (2015).
(3) Fikirkan alasan/sebab mengapa individu berkenaan
layak/sesuai menerima hadiah buku berkenaan. (Panjang alasan 40-80 patah
perkataan sahaja dan menggunakan Bahasa Malaysia sahaja.)
(4) Dapatkan nama penuh, alamat pos dan nombor
telefon individu berkenaan.
(5) Isi borang pencalonan – KLIK DI SINI.
Pastikan borang diisi
sepenuhnya dengan tepat sebelum dihantar.
Sepuluh
(10) menerima buku akan diputuskan berdasarkan alasan/sebab yang anda berikan.
Tarikh
tutup pada 9 Februari 2016, pukul 7:00 malam.
Buku akan
dikirim melalui pos pada 10 Februari 2016 ke alamat yang dinyatakan pada
borang.
Keputusan
senarai penerima hadiah buku adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.