Saya
sepatutnya bertemu penyelaras Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah-sekolah Tamil
(PTST), Dr NS Rajendran pada 28 Januari 2016.
Pertemuan
ini berikutan beberapa pendedahan yang dilakukan menerusi makalah bertajuk “Persoalan Kempen SJKT Pilihan Kita” (The Malaysian Insider, 12 Januari 2016)
yang mendapat reaksi negatif dan kecaman hebat pelbagai pihak – RUJUK DI SINI.
Saya
menulis sepucuk surat dan mengirimnya menerusi e-mel kepada Dr Rajendran pada
23 Januari 2016. Kandungan penuh e-mel itu juga tersiar sebagai “Surat Terbuka Kepada Dr Rajendran” (The
Malaysian Insider, 23 Januari 2016).
Petikan
kandungan e-mel balas yang diterima daripada Dr Rajendran pada 27 Januari 2016:
Sukacita dimaklumkan bahawa PTST bersetuju mengadakan pertemuan
ini berdasarkan syarat berikut:
1. Tarikh dan masa pertemuan perlu diadakan akan ditentukan oleh
PTST memandangkan tarikh dan masa yang dicadangkan adalah tidak sesuai bagi
PTST.
2. Saudara Uthaya harus membentangkan bukti yang sahih dan data
empirikal untuk mempertahankan 10 perkara yang telah dikemukakan dalam artikel
beliau.
Saya
membalas dengan segera:
Saya bersetuju dengan syarat pertama, tetapi TIDAK bersetuju
dengan syarat kedua. Pihak PTST yang mahu membuktikan hujah/pendedahan saya
tidak benar, maka beban tidak terletak pada saya, sebaliknya pada PTST.
Balasan
berikut diterima sekitar 30 minit kemudian daripada Dr Rajendran:
PTST memang memiliki data sahih dan empirikal untuk menangkis
setiap 10 perkara yang telah diutarakan berkaitan SJKT oleh saudara. PTST
memang bersedia untuk membentangkannya dalam pertemuan. Walau bagaimanapun,
sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menghasilkan artikel yang
mengutarakan 10 perkara itu dan pihak saudara yang telah memaklumkan bahawa
pihak saudara memang memiliki data sahih untuk menjustifikasikan segala tuntutan
tersebut, maka adalah wajar pihak saudara memberikan data sahih dan empirikal
ini dan bukan data “hear-say” semata-mata dalam pertemuan ini terlebih dahulu
sebelum pihak PTST memberikan data sahih bagi setiap 10 perkara ini.
Jawapan
saya seperti berikut:
Jika demikian, sepatutnya PTST yang mengirim e-mel atau surat
mengarahkan saya hadir untuk bertemu atas alasan saya telah menipu dalam
makalah saya. Saya nantikan surat demikian.
Sehingga catatan ini
ditulis, belum ada reaksi balas daripada Dr Rajendran. Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut
berkaitan kes ini.