19 Sept 2012

Panchayat – Shabdam 5

Membaca karya Uthaya Sankar SB umpama kita mengalir dalam sungai ilmu yang indah yang penuh sejarah, fakta dan mitos. Karya yang membuka minda dan membuat kita lebih peka dalam memahami dan menghormati kewujudan budaya dan agama orang lain. Panchayat bagi saya adalah refleksi diri kita semua tanpa mengira kaum dan agama. Panchayat adalah kita; setiap watak di dalamnya mewakili setiap sisi hitam dan putih peribadi/jiwa kita. Panchayat adalah sebuah karya yang harus dibaca oleh semua rakyat Malaysia yang terbuka (dan mahu membuka) mindanya. – Bintang D’Zie (Pengarah Urusan Kasih D'zie Enterprise) dalam Panchayat: Edisi Khas.