Menjelang sambutan Ugadi (Samvatsradi) iaitu tahun baru bagi masyarakat keturunan Telugu pada 23 Mac 2012, saya ingin memperkatakan mengenai kuchipudi, seni tari tradisional masyarakat itu yang menarik perhatian saya sejak dahulu.
Salah satu ciri khusus tarian kuchipudi adalah aksi “tarangam” di mana si penari melakukan gerak-geri tarian sambil berdiri di atas talam tembaga. Pada masa yang sama, sebiji belanga penuh berisi air dijunjung atas kepala.
Tarian kuchipudi yang amat unik ini merupakan identiti bagi kaum India berketurunan Telugu yang berasal dari negeri Andra Pradesh, India sejak kurun ke-3 Sebelum Masehi.
Pada peringkat awal, tarian berkenaan dinamakan kuchelapuri dan kuchelapuram sebelum dijadikan kuchipudi sempena nama kampung di mana tarian tersebut dipelopori. Kampung berkenaan terletak di delta Sungai Krishna.
Pada mulanya, kuchipudi – sebagaimana kebanyakan tarian klasik India – dikaitkan dengan upacara keagamaan. Tarian ini hanya dipersembahkan pada musim perayaan tahunan di kuil-kuil di seluruh Andra Pradesh. - Baca makalah penuh dalam Mandala Bicara.