7 Feb 2011

Diwali Perlukan Reformasi

Sempena Deepavali esok (17 Oktober 2009), jika saudara berpeluang berkunjung ke rumah sahabat dan jiran, jangan terkejut sekiranya saudara tidak menerima layanan mesra seperti yang telah saudara harapkan. Saudara mungkin terpaksa sekadar menyertai ahli keluarga tuan rumah untuk menonton pelbagai program hiburan di televisyen.
.
Malah, lebih teruk lagi jika kunjungan tetamu tidak diharapkan. Sebenarnya kenyataan ini mungkin sahaja kedengaran agak keterlaluan. Namun, realiti terpaksa kita hadapi. Perayaan Deepavali tidak lagi memiliki semangat tradisional. Sudah luntur nilai asli. Yang tinggal hanya “perayaan”.
.
Pandangan ini selalu saya utarakan secara terbuka sejak dahulu dan sering dibidas orang. Saya sudah lali dilabel sebagai seorang yang terlalu kritis terhadap soal kebudayaan kaum India. Kononnya, saya amat suka mencari kesalahan dan kelemahan kaum India!
.
Biarlah. Saya tidak mahu berpura-pura, berdiam diri dan menutup sebelah mata terhadap apa yang saya lalui dan perhatikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang warga Malaysia.
.
Bilakah kali terakhir saudara berpeluang berkunjung ke rumah sahabat sempena Deepavali? Tidak mustahil jika jawapan yang diberi adalah “hampir lima tahun lalu”. Kita masing-masing sibuk dengan urusan keluarga sehingga terlupa akan tradisi kunjung-mengunjung semasa musim perayaan. - Baca makalah penuh di Mandala Bicara.
.
(© Uthaya Sankar SB 2009. The Malaysian Insider, 16 Oktober 2009)[Sila KLIK DI SINI untuk membaca pelbagai makalah berkaitan budaya India-Hindu]