30 Jan 2010

Menulis Ulasan Cerpen

Projek “Jom Bergaya dengan Buku!” yang dimulakan oleh Kavyan pada Ogos 2009 masih diteruskan sebagai salah satu usaha menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
.

Sebelum ini, telah diadakan aktiviti “Hadiah Buku Percuma” yang menyaksikan peserta menulis karangan mengenai Sasterawan Kavyan. [Sila KLIK DI SINI untuk membaca mengenainya.]

.

Terkini, Kavyan menganjurkan “Pertandingan Menulis Ulasan Cerpen Sasterawan Kavyan”.

.

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur minimum 15 tahun dan para pemenang akan menerima hadiah berupa bahan bacaan.

.

Peserta perlu memilih sebuah cerpen Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh penulis kaum India dan menulis sebuah ulasan sepanjang 300-500 patah perkataan.

.

Ulasan perlu ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan dikirim kepada penganjur melalui e-mel sebelum 28 Februari 2010.

.

Orang ramai yang berminat mengambil bahagian boleh mendapatkan maklumat lanjut DI SINI.