5 Jan 2025

Pembaca Beta “Rahsia di Pulau Cinta”

Saya (Uthaya Sankar SB) sedang mencari sukarelawan untuk menjadi pembaca beta (beta reader) bagi petikan sebuah cerpen baharu berjudul “Rahsia di Pulau Cinta”.

Harap maklum bahawa cerpen ini sebuah fiksyen berunsur satira (satire) dan parodi (parody). Cerpen ini menampilkan watak-watak daripada epik Ramayana dalam situasi lain di Pulau Cinta. Sesiapa yang mungkin berasa kurang selesa dengan topik seperti itu dinasihatkan supaya tidak menawarkan diri menjadi pembaca beta.

Untuk makluman, ada beberapa cerpen saya yang ditulis sejak tahun 1990-an menggunakan latar Pulau Cinta dan watak-watak satira serta parodi daripada epik Ramayana dan MahabharataBoleh juga membaca sebahagian cerpen berkenaan dalam buku Cerpen (2024).

Penyertaan sebagai pembaca beta adalah secara sukarela, tanpa paksaan, dan tanpa bayaran.

“Pembaca beta” merujuk kepada orang yang dipelawa menjadi pembaca awal bagi manuskrip sebuah karya (cerpen, novel) yang belum disiarkan di mana-mana. Mereka diberi peluang mengemukakan komen dan pandangan peribadi secara ikhlas kepada penulis mengenai karya berkenaan.

Petikan cerpen “Rahsia di Pulau Cinta” sekitar 500 perkataan akan diberi kepada sukarelawan untuk dibaca. Kemudian, sukarelawan (pembaca beta) perlu menjawab beberapa soalan berkaitan petikan cerpen itu.

Petikan cerpen dan reaksi dalam Bahasa Malaysia.

Tidak ada jawapan betul atau salah—semua jawapan/reaksi adalah betul.

Berikut contoh reaksi pembaca beta sebelum ini: [Mukundan Sudah Mati] – [Guruji dari Jaisalmer] – [Anak Bunian] – [Darurat di Pulau Cinta] – [Kumpulan Fiksyen Putaria] – [Siapa Bunuh Mukundan?] – [Raman dan Kultus Guruji]

Tarikh akhir mengesahkan kesediaan menjadi sukarelawan: 7 Januari 2025 (6:00 petang)

Tarikh akhir mengirim jawapan bertulis bagi beberapa soalan: 9 Januari 2025 (6:00 petang)

Kesemua jawapan/reaksi akan disiarkan di blog pada 10 Januari 2025 dan dipromosi menerusi media sosial.

Baca reaksi pembaca beta — [akan dipaparkan di sini]

Hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 jika ada sebarang pertanyaan.