11 Mar 2024

Sempena Ulang Tahun Kedua “Hina Nabi”

Tarikh 11 April 2024 menandakan genap dua tahun sejak insiden saya ditangkap polis dari Bukit Aman dan saya terpaksa bermalam di lokap IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur — [kisah penuh di sini].

Untuk makluman, kes itu “masih dalam siasatan” dan saya belum dibicarakan di mahkamah, apatah lagi disabitkan kesalahan “hina nabi” seperti dituduh. Sementara itu, saya sudah “selamat tinggal”kan islam pada 12 April 2024 — [wawancara di sini].

Mungkin ada pelbagai pertanyaan dalam diri anda berhubung keseluruhan insiden itu sejak dua tahun lalu. Sempena “ulang tahun kedua” saya ditangkap polis, saya membuka peluang kepada rakan-rakan mengemukakan sebarang pertanyaan yang wajar dan ada kaitan dengan peristiwa itu.

Pertanyaan boleh juga dikaitkan dengan penglibatan saya dalam bidang penulisan serta kehidupan harian saya sejak masuk lokap. Misalnya: Adakah saya memencilkan diri? Adakah saya hidup dalam ketakutan? Adakah saya masih lantang bersuara? Adakah saya masih aktif dalam Kavyan?

Tanyalah apa sahaja yang difikirkan wajar. Jangan risau, setiap soalan akan ditapis dan disunting bagi memastikan anda (orang yang bertanya) tidak menghadapi sebarang masalah apabila pertanyaan dan jawapan dipaparkan di blog saya.

Maklumat yang diperlukan dan wajib dikirim: (A) Nama sebenar anda, (B) Tempat tinggal anda [bandar dan negeri], (C) Soalan anda [maksimum 50 perkataan].

Sila kirim ke WhatsApp 011-11411952 sebelum 31 Mac 2024 (10:00 malam). Soalan dan jawapan dijangka dipaparkan di blog saya pada April 2024 dan dikongsi juga di media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram bagi “meraikan” dan “memeriahkan” ulang tahun kedua peristiwa penting itu.