Pengenalan
Acara “Baca @ Anak Baba” [Siri 1] diadakan buat julung
kali pada 5 Ogos 2023 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan—Maklumat [di sini] dan foto [di sini].
Sambutan semakin bertambah bagai acara “Baca di Anak Baba” [Siri 2]
pada 2 September 2023—Maklumat [di sini] dan foto [di sini].
Acara “Baca di Anak Baba” [Siri 3] pada 7 Oktober 2023 juga
mendapat sambutan orang ramai—Maklumat [di sini] dan foto [di sini].
Acara “Baca di Anak Baba” [Siri 4] pula berlangsung pada 4
November 2023—Maklumat [di sini] dan foto [di sini].
Acara “Baca di Anak Baba” [Siri 5] menjadi penutup tirai
tahun 2023 pada 2 Disember 2023—Maklumat [di sini] dan foto [di sini].
Bicara Di Anak Baba Siri Ke-6
Memandangkan acara ini mendapat maklum balas positif, maka diteruskan
pada tahun 2024 dengan nama “Bicara di Anak Baba” seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 6 Januari 2024 (Sabtu)
Masa: 4.00 – 6.00 petang [Waktu Kavyan]
Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields
Lokasi: Berdekatan YMCA, dan di
hadapan Menara Sentral Vista/Mamak Cafe
Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul
Samad, Brickfields
Penulis (Panel)
Penyertaan terbuka kepada maksimum tiga (3) penulis,
seniman, aktivis, budayawan, sasterawan, wartawan, artis, penyair, dan
seumpamanya yang berminat menjadi panel (panelist).
Setiap penulis digalakkan membacakan petikan karya sendiri dalam Bahasa Malaysia. Petikan karya dalam bahasa asal dibenarkan. Kriteria umum pemilihan
panel seperti berikut:
a) Bangsa Malaysia, iaitu warganegara
Malaysia.
b) Penulis, aktivis, seniman, artis,
budayawan, karyawan, wartawan, dan sebagainya tanpa mengira bahasa karya.
c) Ada petikan karya sendiri untuk dibacakan. Terjemahan karya sendiri ke dalam
Bahasa Malaysia amat dialu-alukan. Bacaan karya dalam bahasa asal dibenarkan. Tidak
dibenarkan membaca petikan karya orang lain. Maklumat lanjut di “Bentuk
Pembacaan Teks” (di bawah).
d) Mampu berkongsi pandangan
menggunakan Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu – atau tidak mahu atau
pura-pura tidak tahu – bercakap Bahasa
Malaysia diingatkan supaya tidak menjadi panel.
e) Setiap panel/penulis wajib mendaftarkan
minimum
dua individu sebagai penonton (peserta) bagi acara ini. (Pastikan beri nama
penuh dan nombor telefon mereka.) Perlu mendaftarkan nama penonton
selewat-lewatnya 4 Januari 2024 (9:00 malam).
Nota: Sudah
ada tiga panel untuk sesi 6 Januari 2024 dan tiga panel untuk 3 Februari 2024.
Individu yang berminat menjadi panel bagi sesi 2 Mac 2024 (Sabtu), sila hubungi
penyelaras (Uthaya Sankar SB) menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952.
Maklumat Panel
Biodata penulis (panel) dipaparkan
di sini. Untuk itu, setiap panel diminta mengemukakan foto terkini dan biodata.
Rujuk contoh biodata [di sini] dan [di sini] dan [di sini] dan [di sini] dan [di sini] dan [di sini].
Tang Ah Chai dilahirkan pada 1961 di Slim River, Perak dan
membesar di ladang getah serta
kelapa sawit di Ulu Tiram, Johor. Beliau melanjutkan pengajian dalam jurusan sejarah di Universiti
Kebangsaan Taiwan. Tang Ah Chai kini berkerjaya sebagai Pengarah Action Jijin
Berhad. Beliau terkenal dalam komuniti Cina sebagai seorang sejarahwan dan ahli
akademik, terutamanya dalam bidang kebudayaan dan pemeliharaan warisan. Selain
daripada itu, Tang Ah Chai juga pakar pengajian agama Hindu dan seni bina kuil
Hindu. Beliau menjadi ahli jawatankuasa Majlis Warisan Kebangsaan, Jabatan
Warisan Negara.
Amir Muhammad merupakan anak jati Kuala Lumpur tetapi merantau ke
seluruh dunia bagi urusan pesta buku dan filem. Beliau merupakan pengasas
syarikat penerbitan Buku Fixi dan syarikat penerbitan filem Kuman Pictures.
Antara buku tulisan Amir Muhammad ialah Yasmin
Ahmad’s Films (2009) dan 120 Malay
Movies (2010). Dua filem dokumentari arahannya diharamkan di Malaysia,
iaitu Lelaki Komunis Terakhir (2006)
dan Apa Khabar Orang Kampung (2007).
Mannar Mannan Maruthai dilahirkan pada tahun 1954 di Kuala Lumpur.
Beliau membesar dan medapat pendidikan rendah dan menengah di Petaling Jaya, Selangor. Sambil menjadi guru,
Mannar Mannan melanjutkan pengajian sehingga memperoleh sarjana muda bidang Kesusasteraan
Melayu dan sarjana bidang Bahasa Moden di Universiti Malaya. Beliau mula
berjinak dengan kesusasteraan Tamil dan Melayu sejak di bangku sekolah. Mannar
Mannan pernah menterjemah ratusan puisi dan cerpen daripada bahasa Tamil kepada
Bahasa Malaysia dan sebaliknya. Bekas presiden Persatuan Penulis Tamil Malaysia
dan kini menjadi penasihatnya. Mannar Mannan dikenali sebagai ahli akademik dan
sasterawan dalam kalangan masyarakat Tamil.
Penyelaras
Uthaya Sankar SB
terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Beliau juga mengendalikan bengkel
penulisan, program galakan membaca, projek komuniti, dan acara sastera di
seluruh negara sejak tahun 1994. Buku terbaharunya ialah The Painted Cat (2023) dan Dewi Pertiwi (2024).
Bentuk Pembacaan Teks
Penulis/panel akan membaca petikan karya sendiri sekitar lima (5) minit sahaja dalam Bahasa Malaysia atau dalam bahasa asal.
Maksimum tujuh (7) minit; supaya
hadirin tidak tertidur. AMARAN: Jangan mengulas atau menghuraikan atau
menceritakan latar belakang atau proses kreatif atau sumber inspirasi atau di
mana ia tersiar atau apa-apa tentang karya itu. Hanya baca petikan karya itu! Ini
bukan acara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau Gabungan Persatuan Penulis
Nasional Malaysia (GAPENA). Kalau hadirin mahu tahu lebih lanjut tentang
petikan karya itu, mereka akan bertanya kemudian.
Peserta (Penonton, Hadirin)
Setiap penulis (panel) wajib memastikan minimum dua individu
mendaftar sebagai peserta (penonton, hadirin). Selain daripada itu, sesiapa
sahaja yang berminat untuk hadir boleh mendaftar sebagai peserta (penonton) sebelum
4 Januari
2024 (9:00 malam). Untuk mendaftar, sila kirim nama penuh dan nombor telefon
— bukan hanya nama ringkas atau nama glamour kerana ini bukan pasar malam atau kelab malam atau parti liar. Harap maklum bahawa
peserta bukan hanya datang untuk mendengar tetapi amat digalakkan terlibat
secara aktif dalam sesi soal jawab bersama penulis (panel). Harap maklum bahawa
hanya peserta berdaftar dibenarkan terlibat dalam sesi soal jawab.
1. Haarshini
Shanmugam
2. Jessilyn
Angel Jayadass
3. Kirthigan
Pandian
4. Survin
Mathavan
5. Pavilan
Mathavan
6. Sharveshwarry
Subramaniam
7. Keerthana
Tamilmani
8. Jerusha
Carallyn Jayadass
9. Hafiz
Hisan
10. Ang Wui
Chong
11. Ali Aiman
Mazwin
12. Poomagal
Chandran
13. Bissme S
14. Jet Lee Hao Jie
Foto dan Video (Dokumentasi)
[Lihat Koleksi Foto di Sini] – [Video 1]
– [Video 2]
– [Video 3]
– [Video 4]
Cenderamata Buku
Cenderamata berupa buku disediakan untuk tiga kategori
berikut:
1. Tiga (3) panel menerima buku Suvarna Bhumi (2022) dan Kavya Sastra (2021) sebagai tanda
penghargaan.
2. Lima belas (15) peserta/hadirin/penonton
berdaftar (sudah memberi nama penuh dan nombor telefon kepada
Uthaya sebelum 4 Januari 2024) menerima
sebuah buku Peluru
Aksara (2020) sebagai cenderamata jika bertemu Uthaya
di lokasi acara sebelum pukul 4:00 petang. Buku tidak diberi kepada
peserta yang tiba selepas acara bermula. Dan cenderamata ini hanya bagi peserta
berdaftar; bukan untuk peserta walk-in.
3. Enam (6) peserta (penonton, hadirin)
yang mengemukakan pertanyaan bernas dalam sesi soal jawab menerima hadiah buku Vetalam dan Vikramaditya (2020) sebagai
cenderamata.
Harap maklum bahawa cenderamata ini hanya bagi peserta berdaftar.
Mana-mana individu yang tidak mendaftar sebagai peserta masih boleh hadir (walk-in) sebagai penonton/pendengar tetapi
tidak layak menerima cenderamata buku.
Sesi Soal Jawab
Enam (6) peserta/hadirin berdaftar diberi peluang mengemukakan
pertanyaan kepada panel. Format bertanya soalan:
1. Wajib menggunakan Bahasa Malaysia. Bahasa-bahasa lain
tidak dibenarkan.
2. Sebut nama anda. Contoh: Nama saya Ali bin Ahmad.
3. Nyatakan secara spesifik kepada
siapa soalan ditujukan. Contoh: Saya
tujukan soalan ini kepada Amir Muhammad. Ingat: Tidak boleh kata, “Saya tujukan kepada
semua panel” atau “Saya ada dua soalan untuk mana-mana panel”.
4. Terus bertanya satu soalan sahaja dalam satu atau dua ayat. Contoh: Mana satu yang lebih menguntungkan, menjadi penerbit buku
atau penerbit filem? Tak perlu ulas soalan. Ini bukan acara Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) atau Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA).
Amaran: Tidak dibenarkan memberi ceramah atau memberi ulasan
atau berkongsi pengalaman sendiri
atau memberi kritikan atau berkongsi
pandangan atau memberi pandangan balas atau memberi huraian. Jika mahu berbuat demikian, sila
bertemu penulis terbabit selepas 6:00 petang. Jika mahu bercakap
panjang, sila mendaftar dengan Uthaya untuk menjadi panel bagi acara akan
datang. Atau pergi ke acara DBP dan GAPENA.
Pendaftaran
Sesiapa yang mahu hadir sebagai peserta (penonton) perlu mendaftar
nama penuh kepada penyelaras (Uthaya Sankar SB)
menerusi WhatsApp 011-11411952
sebelum 4 Januari 2024 (9:00 malam).
Penting! Jangan
hubungi penyelaras (Uthaya) pada tarikh acara untuk meminta apa-apa panduan
perjalanan/lokasi atau untuk bertanya apa-apa soalan berkaitan acara (termasuk
soalan yang amat penting). Sebarang mesej WhatsApp
pada tarikh acara hanya akan dibaca sehari selepas tarikh acara—dan tidak akan dibalas.