3 Dec 2023

Bicara di Anak Baba – 6 Januari 2024

Pengenalan

Acara “Baca @ Anak Baba” [Siri 1] diadakan buat julung kali pada 5 Ogos 2023 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan—Maklumat [di sini] dan foto [di sini].

Sambutan semakin bertambah bagai acara “Baca di Anak Baba” [Siri 2] pada 2 September 2023—Maklumat [di sini] dan foto [di sini].

Acara “Baca di Anak Baba” [Siri 3] pada 7 Oktober 2023 juga mendapat sambutan orang ramai—Maklumat [di sini] dan foto [di sini].

Acara “Baca di Anak Baba” [Siri 4] pula berlangsung pada 4 November 2023—Maklumat [di sini] dan foto [di sini].

Acara “Baca di Anak Baba” [Siri 5] menjadi penutup tirai tahun 2023 pada 2 Disember 2023—Maklumat [di sini] dan foto [di sini].

 

Bicara Di Anak Baba Siri Ke-6

Memandangkan acara ini mendapat maklum balas positif, maka diteruskan pada tahun 2024 dengan nama “Bicara di Anak Baba” seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 6 Januari 2024 (Sabtu)

Masa: 4.00 – 6.00 petang [Waktu Kavyan]

Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields

Lokasi: Berdekatan YMCA, dan di hadapan Menara Sentral Vista/Mamak Cafe

Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields

 

Penulis (Panel)

Penyertaan terbuka kepada maksimum tiga (3) penulis, seniman, aktivis, budayawan, sasterawan, wartawan, artis, penyair, dan seumpamanya yang berminat menjadi panel (panelist). Setiap penulis digalakkan membacakan petikan karya sendiri dalam Bahasa Malaysia. Petikan karya dalam bahasa asal dibenarkan. Kriteria umum pemilihan panel seperti berikut:

a) Bangsa Malaysia, iaitu warganegara Malaysia.

b) Penulis, aktivis, seniman, artis, budayawan, karyawan, wartawan, dan sebagainya tanpa mengira bahasa karya.

c) Ada petikan karya sendiri untuk dibacakan. Terjemahan karya sendiri ke dalam Bahasa Malaysia amat dialu-alukan. Bacaan karya dalam bahasa asal dibenarkan. Tidak dibenarkan membaca petikan karya orang lain. Maklumat lanjut di “Bentuk Pembacaan Teks” (di bawah).

d) Mampu berkongsi pandangan menggunakan Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu – atau tidak mahu atau pura-pura tidak tahu – bercakap Bahasa Malaysia diingatkan supaya tidak menjadi panel.

e) Setiap panel/penulis wajib mendaftarkan minimum dua individu sebagai penonton (peserta) bagi acara ini. (Pastikan beri nama penuh dan nombor telefon mereka.) Perlu mendaftarkan nama penonton selewat-lewatnya 4 Januari 2024 (9:00 malam).

Nota: Sudah ada tiga panel untuk sesi 6 Januari 2024 dan tiga panel untuk 3 Februari 2024. Individu yang berminat menjadi panel bagi sesi 2 Mac 2024 (Sabtu), sila hubungi penyelaras (Uthaya Sankar SB) menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952.

 

Maklumat Panel

Biodata penulis (panel) dipaparkan di sini. Untuk itu, setiap panel diminta mengemukakan foto terkini dan biodata. Rujuk contoh biodata [di sini] dan [di sini] dan [di sini] dan [di sini] dan [di sini] dan [di sini].

 

Tang Ah Chai dilahirkan pada 1961 di Slim River, Perak dan membesar di ladang getah serta kelapa sawit di Ulu Tiram, Johor. Beliau melanjutkan pengajian dalam jurusan sejarah di Universiti Kebangsaan Taiwan. Tang Ah Chai kini berkerjaya sebagai Pengarah Action Jijin Berhad. Beliau terkenal dalam komuniti Cina sebagai seorang sejarahwan dan ahli akademik, terutamanya dalam bidang kebudayaan dan pemeliharaan warisan. Selain daripada itu, Tang Ah Chai juga pakar pengajian agama Hindu dan seni bina kuil Hindu. Beliau menjadi ahli jawatankuasa Majlis Warisan Kebangsaan, Jabatan Warisan Negara.

Amir Muhammad merupakan anak jati Kuala Lumpur tetapi merantau ke seluruh dunia bagi urusan pesta buku dan filem. Beliau merupakan pengasas syarikat penerbitan Buku Fixi dan syarikat penerbitan filem Kuman Pictures. Antara buku tulisan Amir Muhammad ialah Yasmin Ahmad’s Films (2009) dan 120 Malay Movies (2010). Dua filem dokumentari arahannya diharamkan di Malaysia, iaitu Lelaki Komunis Terakhir (2006) dan Apa Khabar Orang Kampung (2007). 

Mannar Mannan Maruthai dilahirkan pada tahun 1954 di  Kuala Lumpur.  Beliau membesar dan medapat pendidikan rendah dan menengah di  Petaling Jaya, Selangor. Sambil menjadi guru, Mannar Mannan melanjutkan pengajian sehingga memperoleh sarjana muda bidang Kesusasteraan Melayu dan sarjana bidang Bahasa Moden di Universiti Malaya. Beliau mula berjinak dengan kesusasteraan Tamil dan Melayu sejak di bangku sekolah. Mannar Mannan pernah menterjemah ratusan puisi dan cerpen daripada bahasa Tamil kepada Bahasa Malaysia dan sebaliknya. Bekas presiden Persatuan Penulis Tamil Malaysia dan kini menjadi penasihatnya. Mannar Mannan dikenali sebagai ahli akademik dan sasterawan dalam kalangan masyarakat Tamil.

 

Penyelaras

Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Beliau juga mengendalikan bengkel penulisan, program galakan membaca, projek komuniti, dan acara sastera di seluruh negara sejak tahun 1994. Buku terbaharunya ialah The Painted Cat (2023) dan Dewi Pertiwi (2024).

 

Bentuk Pembacaan Teks

Penulis/panel akan membaca petikan karya sendiri sekitar lima (5) minit sahaja dalam Bahasa Malaysia atau dalam bahasa asal. Maksimum tujuh (7) minit; supaya hadirin tidak tertidur. AMARAN: Jangan mengulas atau menghuraikan atau menceritakan latar belakang atau proses kreatif atau sumber inspirasi atau di mana ia tersiar atau apa-apa tentang karya itu. Hanya baca petikan karya itu! Ini bukan acara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Kalau hadirin mahu tahu lebih lanjut tentang petikan karya itu, mereka akan bertanya kemudian.

 

Peserta (Penonton, Hadirin)

Setiap penulis (panel) wajib memastikan minimum dua individu mendaftar sebagai peserta (penonton, hadirin). Selain daripada itu, sesiapa sahaja yang berminat untuk hadir boleh mendaftar sebagai peserta (penonton) sebelum 4 Januari 2024 (9:00 malam). Untuk mendaftar, sila kirim nama penuh dan nombor telefon — bukan hanya nama ringkas atau nama glamour kerana ini bukan pasar malam atau kelab malam atau parti liar. Harap maklum bahawa peserta bukan hanya datang untuk mendengar tetapi amat digalakkan terlibat secara aktif dalam sesi soal jawab bersama penulis (panel). Harap maklum bahawa hanya peserta berdaftar dibenarkan terlibat dalam sesi soal jawab.

 

1. Haarshini Shanmugam

2. Jessilyn Angel Jayadass

3. Kirthigan Pandian

4. Survin Mathavan

5. Pavilan Mathavan

6. Sharveshwarry Subramaniam

7. Keerthana Tamilmani

8. Jerusha Carallyn Jayadass

9. Hafiz Hisan

10. Ang Wui Chong

11. Ali Aiman Mazwin

12. Poomagal Chandran

13. Bissme S

14. Jet Lee Hao Jie

Foto dan Video (Dokumentasi)

[Lihat Koleksi Foto di Sini] – [Video 1] – [Video 2] – [Video 3] – [Video 4]

 

Cenderamata Buku

Cenderamata berupa buku disediakan untuk tiga kategori berikut:

1. Tiga (3) panel menerima buku Suvarna Bhumi (2022) dan Kavya Sastra (2021) sebagai tanda penghargaan.

2. Lima belas (15) peserta/hadirin/penonton berdaftar (sudah memberi nama penuh dan nombor telefon kepada Uthaya sebelum 4 Januari 2024) menerima sebuah buku Peluru Aksara (2020) sebagai cenderamata jika bertemu Uthaya di lokasi acara sebelum pukul 4:00 petang. Buku tidak diberi kepada peserta yang tiba selepas acara bermula. Dan cenderamata ini hanya bagi peserta berdaftar; bukan untuk peserta walk-in.

3. Enam (6) peserta (penonton, hadirin) yang mengemukakan pertanyaan bernas dalam sesi soal jawab menerima hadiah buku Vetalam dan Vikramaditya (2020) sebagai cenderamata.

Harap maklum bahawa cenderamata ini hanya bagi peserta berdaftar. Mana-mana individu yang tidak mendaftar sebagai peserta masih boleh hadir (walk-in) sebagai penonton/pendengar tetapi tidak layak menerima cenderamata buku.

 

Sesi Soal Jawab

Enam (6) peserta/hadirin berdaftar diberi peluang mengemukakan pertanyaan kepada panel. Format bertanya soalan:

1. Wajib menggunakan Bahasa Malaysia. Bahasa-bahasa lain tidak dibenarkan.

2. Sebut nama anda. Contoh: Nama saya Ali bin Ahmad.

3. Nyatakan secara spesifik kepada siapa soalan ditujukan. Contoh: Saya tujukan soalan ini kepada Amir Muhammad. Ingat: Tidak boleh kata, “Saya tujukan kepada semua panel” atau “Saya ada dua soalan untuk mana-mana panel”.

4. Terus bertanya satu soalan sahaja dalam satu atau dua ayat. Contoh: Mana satu yang lebih menguntungkan, menjadi penerbit buku atau penerbit filem? Tak perlu ulas soalan. Ini bukan acara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA).

Amaran: Tidak dibenarkan memberi ceramah atau memberi ulasan atau berkongsi pengalaman sendiri atau memberi kritikan atau berkongsi pandangan atau memberi pandangan balas atau memberi huraian. Jika mahu berbuat demikian, sila bertemu penulis terbabit selepas 6:00 petang. Jika mahu bercakap panjang, sila mendaftar dengan Uthaya untuk menjadi panel bagi acara akan datang. Atau pergi ke acara DBP dan GAPENA.

 

Pendaftaran

Sesiapa yang mahu hadir sebagai peserta (penonton) perlu mendaftar nama penuh kepada penyelaras (Uthaya Sankar SB) menerusi WhatsApp 011-11411952 sebelum 4 Januari 2024 (9:00 malam).

 

Penting! Jangan hubungi penyelaras (Uthaya) pada tarikh acara untuk meminta apa-apa panduan perjalanan/lokasi atau untuk bertanya apa-apa soalan berkaitan acara (termasuk soalan yang amat penting). Sebarang mesej WhatsApp pada tarikh acara hanya akan dibaca sehari selepas tarikh acara—dan tidak akan dibalas.