Pengenalan
Sesi
Penulisan Intensif (SPI) pernah dianjurkan dengan penuh jaya pada 15-16
Disember 2018, 23-24 Mac 2019, 2 Jun 2019, 10-11 Ogos 2019, dan 9-10 November
2019 [rujuk
di sini]. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
akibat penularan Covid-19, sesi dikendalikan
menerusi e-mel [rujuk
di sini] dan Google
Meet [rujuk
di sini]. Sesi secara bersemuka akhirnya diteruskan
kembali menerusi “Lepak Menulis Cerpen di Anak Baba” [rujuk
di sini] dan “Lepak Menulis Rencana di Anak Baba” [rujuk di sini]. Bengkel Penulisan Intensif
dikendalikan di Taiping, Perak pada 15-17 Disember 2023 [rujuk di sini].
Bengkel Penulisan Intensif di Pinggiran Subang
Bengkel
Penulisan Intensif (BPI) dirancang sebagai kesinambungan kepada pelbagai usaha
yang dinyatakan di atas. Penginapan (homestay)
di Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam, Selangor dipilih kerana tumpuan
penyertaan kali ini adalah penulis (dan bakal penulis) di sekitar Lembah Klang.
Pengisian BPI meneruskan model dan modul yang digunakan pada SPI dan terbukti
benar-benar berjaya dalam memastikan peserta menghasilkan karya bermutu.
Tarikh
Bermula – 2
Mac 2024 (Sabtu), 3:00 petang
Tamat – 3 Mac
2024 (Ahad), 12:00 tengah hari
Tempat
Sebuah
penginapan (homestay) di Bandar
Pinggiran Subang, Shah Alam, Selangor. Penginapan di tingkat satu lot bangunan
perniagaan (tiada lif). Tempat yang luas dengan empat bilik tidur, empat katil
berkembar, empat katil bujang, serta
ruang rehat yang luas untuk aktiviti BPI. Hanya dua tandas dan bilik mandi
uniseks untuk kegunaan secara kongsi. Tiada kemudahan tandas/bilik air di setiap bilik.
Ruang melepak yang luas untuk menulis secara santai tanpa gangguan. Tempat
letak kereta di sepanjang jalan (tiada bayaran pada Sabtu dan Ahad).
Peserta [Pendaftaran Ditutup]
BPI di Pinggiran Subang dirangka bagi peserta dewasa yang sudah ada pengalaman menulis dalam mana-mana
bahasa, dan peserta remaja yang meminati
bidang penulisan. Jumlah
peserta dihadkan kepada sembilan (9) orang
sahaja supaya pembimbing (1 orang) boleh memberi tumpuan peribadi kepada setiap
peserta. Keutamaan diberi kepada peserta pelbagai kaum yang mahu mendapatkan bimbingan
secara intensif dan lebih mendalam dalam penulisan karya Bahasa Malaysia khususnya cerpen dan rencana. Individu yang sudah bergelar “pembimbing bengkel penulisan”
tidak diterima sebagai peserta.
[Bengkel di Putrajaya pada 8-9 Jun 2024]
Bahasa
BPI
dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Karya yang dihasilkan
juga dalam Bahasa Malaysia. Peserta perlu mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia.
Pengisian Bengkel Penulisan
Intensif (BPI)
Antara
pengisian BPI termasuk (tetapi tidak terhad kepada) sesi sumbang saran (brainstorming), penulisan draf awal, membedah
karya, baca teks, dan penyuntingan manuskrip sehingga terhasil karya bermutu
yang layak untuk dikirim ke media penyiaran (akhbar, majalah, antologi,
pertandingan, portal dalam talian, dan sebagainya).
Rangka Atur Cara
Perincian dan jadual lengkap akan diberi kepada peserta berdaftar sahaja. Peserta perlu mematuhi “Waktu Kavyan”. Tentatif seperti berikut:
Sabtu (2 Mac 2024)
3:00 petang – Peserta mendaftar masuk
3:30 petang – Sesi sumbang saran (brainstorming)
– Deria, Emosi, dan Dialog dalam Cerpen
[Peserta diingatkan supaya tidak menyiapkan draf/manuskrip.
Sebaliknya, bawa catatan idea sahaja
untuk dibincangkan sebelum mula menulis.]
4:30 petang – Menulis draf awal
6:00 petang – Bedah karya secara berkumpulan
7:30 malam – Makan malam
9:00 malam – Membaiki karya
10:00 malam – Bimbingan seorang ke seorang (one-to-one)
Ahad (3 Mac 2024)
7:30 pagi – Sarapan
8:30 pagi – Membaiki karya
9:30 pagi – Membaca teks karya dan komen
berkumpulan
10:30 pagi – Komen pembimbing
11:30 pagi – Kirim karya lengkap kepada
pembimbing
12:00 tengah hari – Mendaftar keluar
[Foto 1] - [Foto 2] - [Foto 3] - [Foto 4]
Bayaran dan Kos
Setiap
peserta dikenakan bayaran RM50 (Ringgit
Malaysia Lima Puluh Sahaja) bagi menampung kos sewa inap desa (homestay). Bayaran
ini perlu dibuat selewat-lewatnya pada 31
Januari 2024 (9:00 malam). Bayaran tidak dipulangkan jika peserta
gagal hadir atas apa-apa pun sebab dan alasan. Kos makan-minum ditanggung oleh
masing-masing peserta. Kos perjalanan juga ditanggung sendiri.
Sijil Penyertaan
Sijil penyertaan digital (pdf) diberi kepada peserta yang mengikuti bengkel sepenuhnya serta berjaya menghasilkan karya mengikut kriteria yang ditetapkan. Nama pada sijil mengikut nama diberi semasa mendaftar. Sijil ganti tidak akan diberi.
Barangan Keperluan
Peserta
wajib membawa segala barangan keperluan untuk menulis: Komputer riba, buku
tulis, alat tulis, buku/bahan rujukan, kamus, dan seumpamanya. Peserta juga
perlu membawa segala barangan keperluan peribadi: Pakaian, tuala, berus gigi,
ubat-ubatan, makanan ringan, botol air, pengecas telefon, extension wire, dan sebagainya. Segala barangan ini tidak disediakan. Peserta digalakkan (tidak
wajib) membawa foldable laptop table
demi keselesaan.
Penginapan
Peserta
perlu menginap di inap desa (rumah sewa) kerana sesi berlangsung hingga lewat
malam. Penginapan adalah dalam konsep perkongsian; maknanya tidak boleh
mengharapkan satu bilik untuk seorang peserta. Jika peserta memilih untuk tidak
menginap, masih perlu membuat bayaran penuh, serta masih perlu akur pada jadual
(atur cara). Tidak dibenarkan membawa teman, keluarga, binatang peliharaan, dan sebagainya (bukan peserta) ke tempat
penginapan atas apa-apa alasan sekali pun.
Makan-Minum
Segala kos
makan-minum ditanggung sendiri. Minum petang (3-in-1) dan biskut ala kadar disediakan. Dibenarkan
keluar untuk sarapan dan makan malam. Ada pelbagai kedai makan (restoran) dalam
radius 5 minit dari lokasi penginapan. Boleh membawa makanan ringan dan jajan
jika mahu. Minuman beralkohol tidak dibenarkan. Merokok (termasuk vape) tidak dibenarkan di tempat penginapan—boleh
keluar (tingkat bawah) untuk merokok.
Penyelaras
M. Mahendran terlibat dalam bidang penulisan Bahasa
Malaysia dan Tamil sejak tahun 1987. Kumpulan cerpen persedirian beliau
berjudul Karupaya (2018) dan Thalaivar (2021). [Baca biodata penuh]
Pembimbing
Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun
1991. Beliau berpengalaman mengendalikan program galakan membaca dan bengkel penulisan
di seluruh negara sejak tahun 1994.
Pendaftaran Peserta [Pendaftaran Ditutup]
Individu
yang berminat dan benar-benar komited menyertai BPI perlu mendaftar dengan
mengirim maklumat diri (nama penuh,
nombor telefon, dan alamat e-mel) ke e-mel uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Pendaftaran ditutup sebaik cukup sembilan (9) peserta. Pendaftaran juga
hanya sah apabila bayaran RM50 sudah
dibuat iaitu selewat-lewatnya pada 31 Januari
2024 (9:00 malam).