Sesi bimbingan ini merupakan susulan kepada Sesi Penulisan Cerpen SPP (1 & 8 Jun 2021), Sesi Bedah Draf Cerpen (31 Julai 2021), Sesi Bedah Draf Karya (28 Ogos 2021), Sesi Bedah Petikan Cerpen (25 September 2021), Sesi Bedah Intro Cerpen (30 Oktober 2021), Sesi Membina Watak Cerpen (30 November 2021), Bimbingan Antologi Karya Penulis Malaysia (Februari – Mei 2022), serta sebahagian daripada Siri Ceramah Penulisan yang bertujuan membantu anda yang mahu menghasilkan karya bermutu — fiksyen dan bukan cereka — dalam Bahasa Malaysia. Individu yang menjadi pembimbing mana-mana bengkel/sesi penulisan lain tidak diterima sebagai peserta sesi ini.
Tarikh: 25 Jun 2022 (Sabtu)
Masa: 9.00 – 11.30 malam
Platform: Google Meet
Pengeras: RM20
Prosedur yang wajib anda patuhi adalah seperti berikut:
1. Anda mendaftar nama dengan menghubungi WhatsApp 011–11411952 (Uthaya) sebelum 20 Jun 2022 (11:00 malam).
2. Anda membayar pengeras RM20 ke akaun 8002429656 (Uthaya/CIMB) sebelum 20 Jun 2022 (11:00 malam). Bayaran tidak dikembalikan dan tidak boleh dipindahkan kepada sesi lain. [Bandingkan — bayaran penyuntingan]
Penyertaan lewat tidak dilayan. Penyertaan tidak sah tanpa pengeras.
3. Anda menulis petikan sebuah karya asli sepanjang 200 perkataan (minimum) hingga 600 perkataan (maksimum) sahaja menggunakan Microsoft Word. Petikan ini mestilah bahagian awal sebuah cerpen.
4. Anda tidak dibenarkan mengirim petikan cerpen yang menggabungkan sedutan/petikan dari bahagian berbeza sebuah cerpen. Contoh: Tidak boleh mengambil perenggan 2, 7, 16, 25 dan 39 untuk digabungkan menjadi satu petikan.
5. Cerpen anda mungkin bagi bacaan kanak-kanak (7-13 tahun), remaja (14-19 tahun), belia (20-29 tahun), atau dewasa (30 tahun ke atas).
6. Anda wajib menyemak petikan/draf cerpen anda dengan teliti bagi memastikan tidak ada kesalahan bahasa. Bukan tugas saya membetulkan kesalahan ejaan, kesalahan kata nama, kesalahan tanda baca, kesalahan imbuhan, kesalahan kata sendi, dan seumpamanya.
7. Anda mengirim petikan/draf cerpen itu (200–600 perkataan sahaja) ke uthayasb@gmail.com sebagai lampiran (attachment) sebelum 20 Jun 2022 (11:00 malam). Petikan cerpen yang melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan tidak dilayan.
Manuskrip lewat tidak dilayan dan penyertaan terbatal.
8. Tema cerpen adalah bebas tetapi jangan buat saya menguap, mengantuk, dan tertidur membaca petikan cerpen anda. (Jika anda memilih tema klise, cuba sampaikan dengan cara yang tetap menggoda.) [Rujuk — Petua Menulis Ayat Pertama]
9. Pada 25 Jun 2022, sekitar 8:50 malam, anda akan menerima pautan (link) undangan menerusi WhatsApp untuk menyertai sesi Google Meet. Sediakan kertas/buku dan alat tulis sebelum menyertai sesi dalam talian.
10. Saya akan berkongsi pandangan dan panduan tentang cara menulis cerpen bermutu. Perkongsian saya adalah berdasarkan pengalaman menulis cerpen sejak tahun 1991 dan karya-karya saya yang tersiar di pelbagai akhbar dan majalah serta pelbagai buku/antologi sejak tahun 1992. [YouTube — Panduan Menulis Cerpen]
11. Petikan/draf cerpen anda akan dibedah, dikritik, dikomen, diulas, dan dibincangkan pada sesi. Saya [Uthaya Sankar SB] akan memberi saranan ke arah menjadikan cerpen anda lebih menarik dan berkesan. Ingat: Individu yang tidak mahu dikritik tidak layak menyertai mana-mana sesi bimbingan yang saya kendalikan. Karya bermutu ada peluang untuk dipertimbangkan bagi Projek Antologi Cerpen 2023. [Rujuk — Projek Antologi 2022]