Sesi ini merupakan susulan daripada Sesi Penulisan Cerpen SPP (1 & 8 Jun 2021), Sesi Bedah Draf Cerpen (31 Julai 2021), Sesi Bedah Draf Karya (28 Ogos 2021), Sesi Bedah Petikan Cerpen (25 September 2021), Sesi Bedah Intro Cerpen (30 Oktober 2021), Sesi Membina Watak Cerpen (30 November 2021), serta sebahagian daripada Siri Ceramah Penulisan yang bertujuan membantu anda yang mahu menghasilkan karya bermutu — fiksyen dan bukan cereka — dalam Bahasa Malaysia.
Tarikh: 28 Mei 2022 (Sabtu)
Masa: 9.00 – 11.00 malam
Platform: Google Meet
Sesi pada 26 Februari, 26 Mac, 30 April, 28 Mei, dan 25 Jun 2022 hanya bagi sesiapa yang berminat menyertai projek Antologi Karya Penulis Malaysia
(2022).
Sesi pada 28 Mei 2022 wajib disertai semua peserta yang manuskrip karyanya dibincangkan.
Prosedur yang wajib anda patuhi adalah seperti berikut:
1. Anda mendaftar nama dengan menghubungi WhatsApp 011–11411952 (Uthaya) sebelum 25 Mei 2022 (9:00 malam). [Pendaftaran peserta projek antologi ditutup sepenuhnya pada 25 April 2022.]
2. Anda mengirim biodata profesional (100-150 perkataan) dan foto profesional (.jpeg) ke e-mel uthayasb@gmail.com sebelum 25 Mei 2022 (11:00 malam).
3. Anda membaca segala maklumat mengenai projek Antologi Karya Penulis Malaysia dengan teliti dan menyeluruh.
4. Anda mengirim sebarang soalan berkaitan projek Antologi Karya Penulis Malaysia ke WhatsApp 011–11411952 (Uthaya) sebelum 25 Mei 2022 (9:00 malam).
Soalan/pertanyaan lewat tidak dilayan. Jangan tanya soalan yang sudah ada jawapan [di sini].
5. Anda wajib mengirim draf/manuskrip karya anda untuk projek Antologi Karya Penulis Malaysia ke e-mel uthayasb@gmail.com sebelum 25 Mei 2022 (9:00 malam). Sebarang karya yang dikirim selepas tarikh dan masa itu tidak akan dilayan.
6. Pada 28 Mei 2022, sekitar 8:50 malam, anda akan menerima pautan (link) undangan menerusi WhatsApp untuk menyertai sesi Google Meet.
7. Sediakan kertas/buku dan alat tulis sebelum menyertai sesi Google Meet.
8. Soalan dan pertanyaan para peserta akan dijawab semasa sesi sahaja. Tidak dibenarkan bertanya soalan secara peribadi atau di luar sesi.
9. Draf karya peserta akan dibincangkan semasa sesi (28 Mei 2022). Manuskrip yang ada terlalu banyak kesalahan bahasa, kesalahan tanda baca, dan seumpamanya tidak akan dibedah. Sebaliknya, akan ditolak (reject).
10. Saya [Uthaya Sankar SB] akan membedah manuskrip peserta untuk dibaiki supaya sampai ke tahap yang diharapkan bagi projek Antologi Karya Penulis Malaysia.