1.0 Pengenalan
1.1 Antologi yang diselenggara oleh Uthaya Sankar SB
sebelum ini berjudul Vanakam
(2002), Busana Bahasa
(2019), Landasan Hidup
(2020), dan Peluru Aksara
(2020).
1.2 Dalam usaha memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan
dengan karya-karya bermutu yang dihasilkan penulis Bukan Islam, sebuah antologi cereka
Bahasa Malaysia
sedang diusahakan.
1.3 Antologi ini disasarkan untuk terbit pada Jun 2022.
1.4 Peluang dibuka kepada sekitar 30 individu Bukan Islam yang berminat menghasilkan
cereka (cerita rekaan), cerpen (cerita pendek), atau esei (rencana, makalah, ulasan, kajian)
Bahasa Malaysia. Pembahagian secara umum: 10 penulis dari Semenanjung Malaysia,
10 penulis dari Sarawak, 10 penulis dari Sabah.
1.5 Karya terjemahan dibenarkan hanya jika penterjemahan dilakukan oleh
penulis itu sendiri.
2.0 Kriteria Karya
2.1 Karya mestilah karya asli (tanpa sebarang unsur yang menjadikannya
tidak asli). Peserta perlu menjamin keaslian karya.
2.2 Karya baharu yang belum tersiar di mana-mana amat dialu-alukan.
2.3 Manuskrip yang dihasilkan sewaktu menyertai mana-mana bengkel
bimbingan Uthaya Sankar SB, tetapi belum tersiar di mana-mana, boleh dikemukakan
bagi antologi ini.
2.4 Karya yang sudah tersiar di akhbar, majalah, atau portal dalam
talian (online) boleh dikemukakan
untuk antologi ini. Akan tetapi, penulis wajib mengirim versi asal (bukan versi yang
disunting oleh editor akhbar atau majalah terbabit). Sumber asal perlu
dikreditkan pada hujung karya selaras Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332).
2.5 Karya yang sudah termuat dalam mana-mana buku (persendirian atau antologi) tidak boleh dikemukakan bagi
antologi ini.
2.6 Karya perlu menyumbang kepada usaha memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan,
sebagaimana turut diimpikan Ismail Hussein.
Penulis diminta menumpukan kepada aspek budaya, permasalahan, identiti, kisah,
dan tema berkaitan kaum, keturunan, etnik, subetnik, agama, anutan, dan
kepercayaan sendiri.
2.7 Karya yang dimaksudkan adalah cerpen (cerita pendek), cereka (cerita rekaan), dan esei
(rencana, makalah, ulasan, kajian) sahaja. Bukan
puisi, atau apa-apa bentuk penulisan lain yang tidak boleh dimasukkan dalam kerangka
“cerpen” atau “cereka” atau “esei”.
2.8 Karya boleh juga berdasarkan pengalaman sendiri atau kisah benar tetapi
disampaikan secara kreatif dalam bentuk cerpen atau cereka. Cerita rakyat yang
unik dan kurang diketahui umum boleh diceritakan semula (retelling). Esei pula berdasarkan fakta atau pengalaman/pemerhatian
sendiri.
2.9 Karya yang menyelitkan unsur budaya Bukan Melayu dan Bukan Islam ada
lebih banyak peluang untuk terpilih kerana karya itu nanti boleh dikaji dari aspek
Sastera Kebangsaan.
2.10 Memasukkan unsur budaya dalam karya bukan bermakna menempel elemen
budaya semua kaum/keturunan/etnik di Malaysia. Sebaliknya, penulis digalakkan
memasukkan unsur budaya yang ada dalam kaum/keturunan/etnik sendiri.
2.11 Cerpen, cereka, dan esei bertema Covid-19
dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dipertimbangkan.
2.12 Peserta perlu mengemukakan draf manuskrip sebelum 31 Disember 2021
untuk disemak dan dibimbing oleh penyelenggara. Sesi bimbingan dan perbincangan
menerusi Google Meet juga akan
diadakan secara berkala.
2.13 Jika manuskrip mempunyai terlalu banyak kesalahan (yang sepatutnya
tidak berlaku), maka manuskrip akan dikirim semula kepada penulis dan diberi peluang
untuk membaiki kesalahn bahasa.
2.14 Para peserta (penulis) juga akan menjadi pembaca beta (beta reader) bagi perserta lain.
2.15 Peserta perlu mengirim manuskrip lengkap (manuskrip bersih) untuk
penilaian dan penyuntingan akhir sebelum
31 Mac 2022.
3.0 Panjang Karya (Cerpen, Cereka, Esei)
3.1 Boleh mengirim hanya 1 karya:
1,600 – 1,800 perkataan.
3.2 Boleh mengirim maksimum 2 karya: 800 – 900 perkataan sebuah.
3.3 Boleh mengirim maksimum 3 karya: 500 – 600 perkataan sebuah.
3.4 Boleh mengirim maksimum 4 karya: 400 – 450 perkataan sebuah.
3.5 Pilih salah satu
kombinasi di atas. Kombinasi lain tidak
dibenarkan.
4.0 Hak Cipta dan Hak Penerbitan
4.1 Hak cipta dan hak moral karya asal dipegang oleh masing-masing
penulis.
4.2 Hak penyelenggaraan dipegang oleh penyelenggara.
4.3 Hak penerbitan antologi ini dipegang oleh penerbit.
4.4 Sekiranya karya dalam antologi ini mahu diterbitkan semula di
mana-mana, maka wajib mencatat sumber pada hujung karya selaras Akta Hak Cipta
1987 (Akta 332).
5.0 Pemilihan Peserta (Penulis)
5.1 Peluang dibuka kepada sekitar 30 individu Bukan Islam yang merupakan warganegara Malaysia.
5.2 Individu yang belum pernah
menghasilkan karya juga digalakkan mengambil bahagian. Kalau bukan sekarang,
bila lagi?
5.3 Peserta perlu bersedia menerima bimbingan dan kritikan daripada
penyelenggara dan rakan-rakan peserta dalam usaha memastikan mutu karya.
5.4 Individu yang mahu menarik diri perlu berbuat demikian sebelum 31
Januari 2022. Jika menarik diri selepas manuskrip disemak atau selepas
mengikuti sesi perbincangan/bimbingan, perlu membayar kos penyuntingan.
5.5 Peserta digalakkan menggunakan nama sebenar. Nama pena hanya
dibenarkan jika sudah biasa digunakan sebelum ini.
6.0 Bayaran dan Penerbitan Antologi
6.1 Setiap peserta perlu membuat bayaran RM100 bagi membantu menampung sebahagian kos menerbitkan buku ini.
6.2 Setiap peserta juga dikenakan bayaran RM10 (wajib) untuk menanggung kos menghantar buku ke alamat rumah
(seluruh Malaysia).
6.3 Bayaran RM110 ini perlu dibuat selewat-lewatnya pada 31 Mac 2022.
6.4 Penulis tidak dibayar
honorarium atau royalti.
6.5 Penulis/peserta tidak dikenakan
bayaran penyuntingan dan bimbingan; kecuali jika menarik diri selepas manuskrip
disemak.
6.6 Antologi dirancang supaya terbit pada Jun 2022.
6.7 Apabila buku terbit, setiap penulis akan menerima 10 buah buku dan buku akan dihantar ke
alamat rumah (Malaysia sahaja).
6.8 Penulis boleh menempah naskhah tambahan pada harga diskaun khas
yang ditetapkan oleh penerbit selewat-lewatnya pada 31 Mac 2022. Selepas itu, hanya boleh dibeli pada harga pasaran.
6.9 Projek antologi ini hanya dapat diteruskan jika ada tempahan awal
bagi minimum 300 naskhah buku.
6.10 Bayaran RM110 akan dipulangkan jika projek terpaksa dibatalkan.
Tetapi bayaran tidak dipulangkan jika penulis menarik diri, atau digugurkan
atas alasan etika (ciplak dan sebagainya).
7.0 Biodata dan Foto
7.1 Penulis akan diminta mengirim biodata dan foto untuk dimuatkan
dalam antologi.
7.2 Biodata dan foto mestilah profesional; bukan swafoto dari media
sosial.
7.3 Biodata dan foto ini mungkin digunakan juga bagi tujuan promosi di
blog dan media sosial.
7.4 Contoh biodata dan foto boleh dirujuk dalam antologi Landasan Hidup
(2020), dan Peluru Aksara
(2020). Boleh juga merujuk Biodata Sasterawan
Kavyan sebagai contoh.
8.0 Pertanyaan dan Pendaftaran
8.1 Jika ada sebarang pertanyaan, atau jika mahu mendaftar nama untuk
menyertai projek penerbitan antologi ini, peserta di Semenanjung Malaysia sila hubungi
Uthaya Sankar SB (011–11411952). Wakil peserta Sarawak: Bruwin Jumput
(013–2686799). Wakil Sabah akan
dimaklumkan.
8.2 Maklumat awal yang wajib diberi untuk mendaftar sebagai
peserta adalah Nama Penuh, Alamat Lengkap, Nombor Telefon,
dan Alamat E-mel.
8.3 Pendaftaran peserta ditutup pada 30 September 2021; atau lebih awal jika sudah ada 30 penulis.
8.4 Projek antologi ini hanya diteruskan jika ada jumlah peserta yang
mencukupi. (Akan diputuskan pada 1 Oktober 2021.)