Sesi bimbingan ini merupakan susulan kepada Sesi Penulisan Cerpen SPP (1 & 8 Jun 2021) dan Sesi Bedah Draf Cerpen (31 Julai 2021) serta sebahagian daripada Siri Ceramah Penulisan yang bertujuan membantu anda yang mahu menghasilkan karya bermutu — fiksyen dan bukan cereka — dalam Bahasa Malaysia.
Tarikh: 28 Ogos 2021 (Sabtu)
Masa: 9.00 – 11.00 malam
Platform: Google Meet
Pengeras: RM20
Individu yang menjadi pembimbing mana-mana bengkel/sesi penulisan lain tidak diterima sebagai peserta sesi ini.
Prosedur yang wajib anda patuhi adalah seperti berikut:
1. Anda membayar pengeras RM20 (tidak dikembalikan) ke akaun 8002429656 (Uthaya/CIMB) sebelum 20 Ogos 2021 (7:00 malam).
2. Anda mengirim maklumat berikut ke WhatsApp 011-11411952: Nama Penuh, Tarikh Bayaran, Masa Bayaran sebelum 20 Ogos 2021 (7:00 malam).
3. Anda menulis bahagian awal (bukan keseluruhan) sebuah karya asli sepanjang 200 perkataan (minimum) hingga 500 perkataan (maksimum) sahaja menggunakan Microsoft Word. Ingat: Ini hanya permulaan karya, bukan keseluruhan karya.
4. “Karya” yang dimaksudkan adalah prosa fiksyen (seperti cerpen, cerita rakyat) dan prosa bukan cereka (seperti esei, makalah, memoir, pengalaman, kisah benar, ulasan, kritikan) dalam Bahasa Malaysia.
5. Anda wajib menyemak draf anda dengan teliti bagi memastikan tidak ada kesalahan bahasa.
6. Anda mengirim draf karya itu (200–500 perkataan sahaja) ke uthayasb@gmail.com sebagai lampiran (attachment) sebelum 20 Ogos 2021 (7:00 malam). Draf yang melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan tidak akan dilayan.
7. Tema karya adalah bebas tetapi jangan buat saya menguap, mengantuk, dan tertidur membaca apa yang anda tulis. (Jika anda memilih tema klise, cuba sampaikan dengan cara yang tetap menggoda.)
8. Anda akan menerima pengesahan daripada saya mengenai penerimaan bayaran (pengeras) dan draf cerpen.
Penyertaan lewat tidak dilayan.
9. Saya akan menyemak aspek tatabahasa (ejaan, tanda baca, imbuhan, dan sebagainya) dan mengirim kembali draf karya kepada anda menerusi e-mel selewat-lewatnya pada 23 Ogos 2021. (Langkah ini bagi memastikan kesalahan bahasa tidak perlu lagi dibincang semasa sesi berlangsung.) Draf yang diterima selepas pukul 7:00 malam, 20 Ogos 2021 tidak akan disemak.
10. Anda wajib membuat pembetulan tatabahasa dan mengirim semula draf karya berkenaan ke uthayasb@gmail.com sebagai lampiran (attachment) selewat-lewatnya pada 25 Ogos 2021 (7:00 malam).
11. Pada pagi 26 Ogos 2021, kesemua draf karya akan dikirim kepada anda untuk dibaca. Sila hormati hak cipta dan hak moral; jangan kongsi karya dengan orang luar. (Draf karya yang diterima selepas pukul 7:00 malam, 20 Ogos 2021 akan diedar tanpa sebarang pembetulan/semakan.)
12. Pada 28 Ogos 2021, sekitar 8:50 malam, anda akan menerima pautan (link) undangan menerusi WhatsApp untuk menyertai sesi Google Meet.
13. Anda wajib mencetak draf karya anda sendiri dan sediakan pen untuk mencatat nota sebelum mendaftar masuk bagi sesi di Google Meet. (Tidak perlu mencetak draf karya peserta lain.)
14. Draf karya anda akan dibedah, dikritik, dikomen, diulas, dan dibincangkan pada sesi. Saya akan memberi saranan ke arah menjadikan karya anda sebuah karya lebih bermutu. Peserta lain juga akan berkongsi pandangan kerana sudah membaca draf karya berkenaan. Ingat: Individu yang tidak mahu dikritik tidak layak menyertai mana-mana sesi bimbingan yang saya kendalikan.
Jika anda ada sebarang pertanyaan tambahan berkaitan Sesi Bedah Draf Karya, sila hubungi saya (Uthaya) menerusi WhatsApp 011-11411952 sebelum 20 Ogos 2021 (3:00 petang).