Tuntutan yang dikemukakan dan diperjuangkan amat jelas:
Hak umat Bukan Islam menggunakan “Tuhan” (huruf besar) dalam penulisan Bahasa Malaysia.
Tuntutan ini berkaitan Bahasa Malaysia (atau “bahasa Melayu” dalam Perlembagaan Persekutuan) yang menjadi milik setiap rakyat Malaysia.
Tuntutan ini berkaitan antologi Meredah Kabus (2021) yang mendedahkan secara nyata tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menghalang umat Bukan Islam menggunakan “Tuhan” (huruf besar) dalam penulisan.
Tuntutan ini berkaitan Kamus Dewan (2005) dan Kamus Dewan Perdana (2020) terbitan DBP yang melakukan kesilapan menghadkan definisi “Tuhan” kepada “Allah”, sekali gus bertentangan peruntukan hak umat Bukan Islam dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Tuntutan ini berkaitan peranan DBP sebagai “obor kebangsaan” (lirik lagu DBP) menjadikan Bahasa Malaysia milik setiap rakyat mengikut kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Akta 213 dan Akta A930), serta selaras objektif, falsafah, wawasan, misi, dan moto DBP.
Tuntutan ini selaras peraturan ejaan yang terkandung dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975) dan turut dipetik oleh Ketua Pengarah DBP (Malaysiakini, 20 April 2021) iaitu “… huruf besar digunakan untuk kata dan ungkapan yang berhubung dengan hal ehwal keagamaan, kitab suci, nama Tuhan, termasuklah kata gantinya. Oleh itu Tuhan sebagai kata yang berhubung dengan agama hendaklah ditulis dengan huruf besar”.
Tuntutan ini selaras kata “Tuhan” (huruf besar) yang terkandung dalam prinsip pertama Rukun Negara dan lirik lagu Negaraku, serta terpakai bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, etnik, agama, dan bahasa ibunda.
Tuntutan ini tidak ada apa-apa kaitan dengan isu penggunaan “Allah” yang dilihat masih menjadi pertikaian antara orang Islam dan umat Kristian.
Tuntutan ini tidak ada apa-apa kaitan dan tidak sedikit pun menyentuh apa-apa hak orang Islam dan agama Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Nah! DBP sedar bahawa semua orang berhak menggunakan istilah “Tuhan”
(huruf besar).
Akan tetapi, oleh kerana DBP ternyata ada agenda subversif dan
berniat jahat untuk menghina dan memperlekeh amalan beragama orang Bukan Islam, maka DBP bertindak licik menukar “Tuhan” kepada “tuhan” (huruf kecil) bagi
orang Bukan Islam, misalnya dalam antologi Meredah Kabus (2021).
Dikatakan oleh DBP bahawa “kata Tuhan (T huruf besar) di
dalam kamus DBP dirakamkan sebagai kata nama khas yang merujuk kepada Allah
Yang Maha Esa sesuai dengan penggunaannya berdasarkan data yang ditemukan” dan “penggunaan
oleh masyarakat”.
Nah! Seolah-olah “masyarakat” Bukan Islam sejak dahulu hanya
menggunakan “tuhan” dalam amalan beragama.
Sila isi borang di https://forms.gle/h5E6S6oWGtZHicsv9 sebelum 9:00 malam, 30 April 2021 jika mahu suara anda didengar.
Apabila sudah ada cukup “data” (sokongan), bolehlah dibawa ke
Menara DBP untuk ditunjukkan.
[Peringatan 2013 — Selepas Allah, Tuhan Pula?]
#SiapaPunyaTuhan
[Reaksi — Penulis Tolak Penjelasan dan Alasan DBP]
[Terkini — DBP Becomes A Stooge]
[Mandarin — “Tuhan” 词汇是否专属穆斯林?]
[Reaction — Illogical and Senseless]
[Letter — Malaysian Gurdwaras Council]
[Tamil — Istilah Tuhan dibahagi ikut agama?]
[Pandangan — Dr S. Nathesan, pakar bahasa]