20 Jan 2019

Bangsar South (Tidak) Jadi Kampung Kerinchi!


Berita gembira mengenai Bangsar South kembali menjadi Kampung Kerinchi menerima sambutan positif daripada orang ramai. Lihat — Bangsar South Officially Reverts to Kampung Kerinchi dan Due To Confusion.

Bagaimanapun, jangan terlalu gembira! Baca berita susulan ini — Bangsar South Still Exists dan Bangsar South itu Bangunan.

Ternyata politikus dan U-Turn berpisah tiada.

Dalam pada itu, tahukah anda? Bahasa Kerinci dituturkan di daerah Kerinci, wilayah Jambi, Sumatera oleh orang Kerinci. (Sila lakukan carian menerusi buku/Internet.)

Di Malaysia juga ada orang Kerinci dan dikenali dengan beberapa nama lain. Kebanyakan tinggal di Hulu Langat dan Hulu Selangor. (Sila lakukan carian menerusi buku/Internet.)


Nama “Kerinci” berasal daripada pokok bunga “Kurinci” (Strobilanthes kunthiana) di India yang berbunga 12 tahun sekali. Kali terakhir pada tahun 2018. (Sila lakukan carian menerusi buku/Internet.)

Rujuk juga Karya Sastera Sangam dan Nama-nama Sangakalam untuk pemahaman lanjut.

Oh, ya! Nusantara banyak menerima pengaruh dari India — budaya, bahasa, agama dan amalan. Lihat juga — kula + varga = keluarga.