Pada Mei 2017, saya membuat rakaman audio lapan buah cerpen
di sebuah studio di Petaling Jaya. Sebahagian kos penerbitan (rakaman dan
penyuntingan) ditanggung menerusi sumbangan ikhlas rakan-rakan.
Sejak itu, rakaman audio dalam bentuk MP3 itu diedarkan 100% secara percuma kepada orang ramai; khususnya
golongan OKU penglihatan. Rakaman itu juga dikongsi menerusi Sound
Cloud. Sambutan dan maklum balas yang diterima amat menggalakkan.
Saya berasa gembira kerana Kavyan berpeluang memberi
sumbangan kecil ke arah memastikan pelbagai golongan dapat menikmati karya
sastera kebangsaan.
Sila KLIK DI SINI untuk sedikit maklumat
berkaitan.
Sejak diasaskan pada tahun 1999, Kavyan turut terlibat aktif
dalam merancang dan mengendalikan pelbagai program bahasa, sastera, kebajikan,
seni dan budaya di seluruh negara dengan penglibatan khalayak pelbagai kaum dan
latar belakang.
Kini, atas permintaan rakan-rakan OKU penglihatan khasnya
dan khalayak ramai amnya, saya bercadang membuat rakaman audio sejumlah lagi
cerpen-cerpen yang difikirkan sesuai disebarkan kepada orang ramai.
Bagi menjayakan usaha ini, saya sedang mencari dana dalam
bentuk sumbangan ikhlas bagi menampung kos sewaan studio (rakaman dan
penyuntingan). Nama para penyumbang akan didokumentasi di Blog Kavyan (kecuali penyumbang meminta
nama dirahsiakan).
Sekiranya berjaya mengumpul sekitar RM1,000 maka sekitar 8 buah cerpen lagi dapat diterbitkan dalam format MP3 untuk diedarkan secara percuma
kepada orang ramai — tentunya 100% percuma kerana tidak ada sebarang motif
perniagaan di sini.
Sekiranya anda — atau sesiapa yang anda kenali — mungkin boleh
membantu, harap sudi menghubungi saya menerusi Messenger, e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011 – 11411952.