8 Jan 2019

Antologi Cerpen Budaya Etnik di Malaysia


Hasil perbincangan dengan pegawai di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini, saya [Uthaya Sankar SB] memulakan usaha menyelenggara sebuah antologi cerpen yang berkait erat dengan keunikan budaya masyarakat pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.

Sekiranya terdapat minimum 15 karya yang sesuai, maka manuskrip akan disunting dan dikemukakan kepada DBP untuk dinilai bagi penerbitan.

Berikut beberapa perkara asas untuk makluman para penulis yang sudi terlibat sama dalam antologi cerpen ini:

1 — Penulis mestilah warganegara Malaysia.

2 — Penulis mapan dan penulis muda diundang mengirim karya.

3 — Karya dalam Bahasa Malaysia [bukan terjemahan], manakala frasa/perkataan bahasa-bahasa lain dibenarkan mengikut keperluan dan kesesuaian cerita.

4 — Karya sudah pernah tersiar di media cetak atau media alternatif seperti akhbar, majalah dan portal dalam talian (online).

5 — Karya yang sudah dibukukan (antologi atau kumpulan cerpen) tidak diterima.

6 — Urusan dengan penerbit asal berkaitan hak penerbitan dan hak cipta karya akan dibantu oleh penyelenggara.

7 — Karya baharu yang belum tersiar di mana-mana hanya akan dinilai sekiranya masih ada ruang serta karya baharu itu mencapai standard mutu yang diharapkan. [Untuk karya baharu, penulis dinasihatkan menyertai Sesi Penulisan Intensif II atau Bengkel Penulisan Sehari untuk meningkatkan peluang karya terpilih.]

8 — Karya perlu menggambarkan latar budaya kaum/etnik (mana-mana kaum/etnik) di Malaysia; tetapi bukan tema perpaduan yang dipaksa-paksa.

9 — Contoh kaum/etnik yang dimaksudkan termasuk (tetapi tidak terhad kepada) Melayu, Jawa, Bugis, Banjar, Minang, Mendaling, Orang Asal, Semai, Mahmeri, Jakun, Temuan, Bateq, Jahai, India, Tamil, Malayali, Telugu, Punjabi, Benggali, Chetti Melaka, Gujarati, Chindian, Cina, Hokkien, Hakka, Kanton, Hailam, Teochew, Baba Nyonya, Serani, Siam, Iban, Melanau, Penan, Kelabit, Dayak, Kayan, Bajau, Dusun, Murut, Bisaya, Kadazan, dan Siminul.

10 — Secara mudah, antologi cerpen ini perlu mampu membantu pembaca mengenali keunikan budaya pelbagai kaum/etnik di Malaysia.

11 — Unsur agama, kepercayaan, adat, pantang-larang, amalan dan sebagainya yang berkait dengan budaya kaum/etnik boleh hadir dalam karya.

12 — Tidak ada sebarang unsur rasisme yang menggugat perpaduan dan/atau bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan.

13 — Karya akan disunting oleh penyelenggara, jika perlu.

14Tarikh akhir mengirim manuskrip cerpen kepada penyelenggara adalah pada 31 Mac 2019 (Sabtu).


Lihat juga  [Antologi Karya Penulis Baharu— [Antologi Cerpen Kebangsaan

Penulis yang berminat, sila hubungi e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 untuk perbincangan lanjut.