13 Dec 2018

Responden Untuk Kajian Akademik


Saya akan menjalankan suatu kajian akademik pada Januari – April 2019 berkaitan kelompok penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia.

Kajian ini berciri akademik dan penuh integriti — tidak seperti kajian Raja Rajeswari Seetha Raman (2017).

Bagi memastikan kajian akademik ini bersifat inklusif, saya mencari sejumlah sukarelawan berkaliber yang sudi menjadi RESPONDEN; seperti berikut:

A — Pengkaji/pengkritik sastera (pelbagai kaum) yang biasa membaca karya Sasterawan Kavyan.

B — Penulis kaum India yang masih aktif menulis karya Bahasa Malaysia.

C — Penulis kaum India yang sudah kurang aktif (atau jarang) menulis.

D — Wakil institusi, agensi, jabatan, penerbit, NGO, universiti dan sebagainya yang mengambil berat tentang penglibatan penulis kaum India dalam penghasilan karya Bahasa Malaysia.

Responden boleh mengemukakan pandangan menerusi salah satu CARA berikut:

E — Mengisi borang soal selidik yang akan dikirim menerusi e-mel.

F — Diwawancara secara bersemuka (bukan telefon) di mana saya akan datang ke tempat anda.

Skop kajian melibatkan TOPIK-TOPIK berikut:

G — Sumbangan Sasterawan Kavyan kepada sastera kebangsaan.

H — Keunikan karya (puisi, cerpen, novel) Sasterawan Kavyan.

I — Cabaran yang dihadapi oleh Sasterawan Kavyan untuk berkarya.

J — Langkah-langkah yang boleh/perlu/sudah diambil untuk menggalakkan lebih ramai individu kaum India terlibat dalam penulisan karya Bahasa Malaysia.


Kajian akademik ini ditaja dan saya mahu memberikan hasil terbaik dengan tidak hanya menulis berdasarkan pengalaman/penelitian saya (sejak 1993) tetapi turut memasukkan pandangan pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders).

Hasil maklumat terkumpul akan digunakan bagi penulisan kajian akademik; selain turut dimanfaatkan dalam penulisan esei dan kertas pembentangan (mengikut keperluan).

Individu yang sedia/sudi terlibat sebagai sukarelawan berkaliber diminta menghubungi saya [Uthaya Sankar SB] menerusi WhatsApp 011–11411952 atau e-mel uthayasb@yahoo.com.my selewat-lewatnya pada 25 Disember 2018 dengan menyatakan kategori “responden” (A, B, C atau D) dan “cara” (E atau F).