31 Jan 2018

Cadangan Siri Karya Klasik India


Dalam projek penerbitan buku pada tahun ini, saya bekerjasama dengan dua Sasterawan Kavyan, iaitu M. Mahendran untuk menerbitkan kumpulan cerpen sulungnya, dan R. Ramakrishnan untuk menerbitkan kumpulan puisi sulungnya.

Bagi buku sendiri pula, saya bercadang menggabungkan kisah-kisah “Ramayana” (kisah awal jurai keturunan Rama), kisah-kisah “Mahabharata” (kisah awal jurai keturunan Pandu), ulasan sekitar 110 “Thirukkural”, dan penceritaan semula kisah “Megha Duta” di bawah tajuk Siri Karya Klasik India.

Buku ini akan turut memuatkan komen pembaca - maklumat di sini.

Megha Duta

Buku dijangka agak tebal. Tentulah kos penerbitan dan harga jualan juga lebih tinggi berbanding buku-buku saya sebelum ini – lihat di sini.

Saya bercadang untuk menjual buku baharu ini pada harga RM40 + PosLaju RM10 bagi tempahan awal.


Wang terkumpul daripada tempahan awal berbayar akan digunakan untuk menampung sebahagian kos mencetak buku berkenaan.

Apakah akan ada sokongan daripada ANDA jika saya menerbitkan buku ini dalam edisi terhad – 500 naskhah sahaja? Setiap naskhah akan diberi nombor siri dan ditandatangani.

Maklumat lanjut akan menyusul; bergantung kepada sokongan yang diterima. [Maklumat lanjut di sini]