8 Jan 2018

Komen Pembaca – Ghanthimathi

“Pada masa kini, penggunaan Bahasa Malaysia secara betul dan tepat semacam menjadi sesuatu yang asing. Malah, sekiranya seseorang menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan harian, dia mungkin akan dipersenda.

Uthaya Sankar SB yang saya kenali sejak sekolah rendah bukan sahaja memartabatkan Bahasa Malaysia menerusi karya beliau, malah tegas dalam mengekalkan prinsip sama di media sosial.

“Hasil karya beliau adalah antara bahan bacaan yang perlu dihargai. Penulisan Uthaya amat mudah difahami dan beliau ketara mengangkat subjek masyarakat sekeliling yang sering kita abaikan.

“Saya amat menyarankan supaya buku-buku Uthaya ditempatkan di setiap perpustakaan sekolah di seluruh negara bagi memupuk persefahaman dan keharmonian dalam kalangan generasi muda.”

S. Ghanthimathi
Pegawai Teknologi Makanan