6 Jan 2018

Kumpulan Cerpen M. Mahendran – Karupaya

Sudahkah Anda Memilikinya?

M. Mahendran antara sekelompok kecil penulis kaum India yang aktif menghasilkan karya Bahasa Malaysia dan Tamil sejak tahun 1980-an.

Beliau terlibat sama dalam mengasaskan Kavyan pada 22 Ogos 1999. Pada September 2012, saya melahirkan kebimbangan kerana Mahendran sudah jarang menulis, dan perkara ini saya sifatkan sebagai amat menyedihkan dalam konteks perkembangan sastera kebangsaan.

Siap pada 2 April 2018

Sewaktu pertemuan kami pada 27 November 2017, Mahendran yang tinggal di Bentong, Pahang melahirkan keinginan menerbitkan kumpulan cerpen sulung. Keputusan dicapai pada 27 Disember 2017 untuk berusaha memastikan buku beliau terbit selewat-lewatnya pada Mac 2018. [Baca di sini]

Judul: Karupaya
Kategori: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia
Penulis: M. Mahendran
Kandungan: [Lihat Senarai di Sini]
Penyunting Bersekutu: [Lihat Senarai di Sini]
Tarikh terbit: 2 April 2018
Jumlah cetakan: 500 naskhah
ISBN: 987-967-13624-3-3 (diterima pada 8 Februari 2018)
Penerbit: Uthaya Sankar SB (978-967-13624)
Senarai tempahan awal: [Lihat Senarai di Sini]
Harga pasaran: RM25.00
Harga Diskaun: [Hubungi Penulis]
Pelancaran: 21 April 2018 [Maklumat di Sini]

Proses Kreatif (KlikWeb DBP) -- [Dugaan Menulis Karya Kreatif]

Kumpulan cerpen Karupaya memuatkan 13 cerpen terpilih karya Mahendran yang pernah tersiar di pelbagai akhbar, majalah dan antologi sejak tahun 1980-an. Beberapa cerpen ini pernah menang hadiah pertandingan penulisan. Terdapat juga beberapa cerpen yang pada mulanya tersiar di akhbar/majalah Tamil, dan diterjemahkan oleh Mahendran khusus bagi tujuan buku ini. [Rujuk Senarai Cerpen]


Walaupun nama Mahendran mungkin tidak menonjol seperti Saroja Theavy Balakrishnan, mereka berdua sebenarnya merupakan penulis yang mula aktif pada tahun 1980-an.




Kelahiran kumpulan cerpen Karupaya merupakan suatu sejarah penting dalam hidup Mahendran, serta sejarah penting kepada kelompok Sasterawan Kavyan dalam sumbangan ke arah memperkaya khazanah sastera kebangsaan dengan karya-karya bermutu.

Sokongan orang ramai diperlukan. Sokongan anda juga akan membantu memberi keyakinan kepada Mahendran untuk terus produktif.

[Klik untuk besarkan]

Sokongan Diperlukan Untuk Membantu Penulis Malaysia Terus Menghasilkan Karya Bermutu.