Tuesday, 13 June 2017

Reaksi Khalayak – Bahagian 7

[Baca – BAHAGIAN ENAM] Raja Rajeswari Seetha Raman sememangnya seorang penipu, dan penulis yang tidak beretika, tiada integriti dan tidak boleh dipercayai. Hal ini sudah dibuktikan tanpa sebarang keraguan – baca di sini. Hakikat ini mungkin mempengaruhi minat dan keinginan orang ramai untuk membaca hasil tulisannya selepas ini.

21. Adakah anda berminat membaca karya-karya Raja Rajeswari pada masa hadapan?

Kelompok Penulis (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Sangat Berminat
0
0
0
0
Berminat
0
0
0
0
Sedikit Berminat
2
0
1
1
Kurang Berminat
6
7
5
6
Sangat Tidak Berminat
7
8
9
8

Kelompok Pembaca (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Sangat Berminat
0
0
0
0
Berminat
0
0
0
0
Sedikit Berminat
1
0
1
2
Kurang Berminat
8
10
4
7
Sangat Tidak Berminat
6
5
10
6

Jawapan yang diberikan para responden bagi Soalan 21 wajar dibandingkan dengan Soalan 6. Perbezaan yang dapat dilihat adalah amat nyata.

Bagi Soalan 6 (“Adakah anda meminati karya-karya yang dihasilkan oleh Raja Rajeswari?”), 4 penulis dan 1 pembaca memberikan jawapan “Sangat Meminati”, tetapi tidak ada sesiapa yang memberikan jawapan “Sangat Berminat” atau “Berminat” bagi Soalan 21.

Bagi Soalan 6, didapati 8 penulis dan 7 pembaca “Minat Secara Sederhana”, tetapi dalam Soalan 21, didapati hanya 4 penulis dan 4 pembaca “Sedikit Berminat”.


Jumlah penulis yang “Kurang Berminat” menurun daripada 32 orang kepada 24 orang; dan jumlah pembaca kategori itu menurun daripada 33 orang kepada 29 orang.

Pada masa sama, jumlah responden yang “Tidak Meminati” dalam Soalan 6 (16 penulis dan 19 pembaca) meningkat menjadi “Sangat Tidak Berminat” dalam Soalan 21 (32 penulis dan 27 pembaca).


Apakah kekurangan minat untuk membaca tulisan Raja Rajeswari juga bermakna para responden akan kurang berminat membaca tulisan para Sasterawan Kavyan?

22. Adakah anda berminat membaca karya-karya penulis kaum India pada masa hadapan?

Kelompok Penulis (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Sangat Berminat
6
15
7
9
Berminat
9
0
8
6
Sedikit Berminat
0
0
0
0
Kurang Berminat
0
0
0
0
Sangat Tidak Berminat
0
0
0
0

Kelompok Pembaca (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Sangat Berminat
7
14
10
11
Berminat
8
1
5
4
Sedikit Berminat
0
0
0
0
Kurang Berminat
0
0
0
0
Sangat Tidak Berminat
0
0
0
0

Maklumat yang diterima daripada 120 responden menunjukkan bahawa mereka masih “Sangat Berminat” dan “Berminat” membaca karya para penulis kaum India pada masa hadapan, walaupun majoriti sudah mengesahkan mereka “Kurang Berminat” dan “Sangat Tidak Berminat” membaca karya-karya Raja Rajeswari pada masa hadapan.


Mujurlah esei Raja Rajeswari di Dewan Sastera yang ternyata ditulis menggunakan data palsu, fakta rekaan, imaginasi dan halusinasi tidak mengurangkan minat orang ramai terhadap karya Bahasa Malaysia, Inggeris dan Tamil yang dihasilkan para penulis kaum India.


Tentu sahaja mereka sedar bahawa esei yang ditulis oleh Raja Rajeswari dengan niat untuk merosakkan imej penulis kaum India tidak menggambarkan realiti sebenar golongan penulis terbabit. Sebaliknya hanya percubaan wanita itu untuk menonjolkan diri sendiri sebagai “penulis bukan Melayu” paling hebat di Malaysia. [Rujuk - Komplot Jahat Raja Rajeswari]


Orang ramai boleh membaca reaksi bertajuk “Sasterawan Kavyan dan Sastera Kebangsaan” di majalah Dewan Sastera (Jun 2017) untuk mendapatkan maklumat tepat dan sebenar mengenai kelompok Sasterawan Kavyan.

23. Adakah anda membenarkan jawapan anda dalam borang soal selidik ini dijadikan data untuk dianalisis dan disiarkan?

Kelompok Penulis (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Saya Membenarkan
15
15
15
15
Saya Tidak Membenarkan
0
0
0
0

Kelompok Pembaca (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Saya Membenarkan
15
15
15
15
Saya Tidak Membenarkan
0
0
0
0

Kesemua 120 individu yang mengisi borang soal selidik membenarkan jawapan dan reaksi mereka dijadikan data untuk dianalisis bagi tujuan penulisan ini. Hal ini tidaklah menghairankan kerana sejak awal, mereka memang sudah dimaklumkan tujuan borang soal selidik ini diedarkan.


Keadaan ini berbeza dengan Raja Rajeswari yang mengedarkan borang soal selidik kepada beberapa penulis yang langsung tidak tahu dan tidak diberitahu tujuan sebenar mereka diminta mengisi borang berkenaan. Malah, seperti yang sudah dibuktikan, tidak sampai lima penulis kaum India yang benar-benar mengisi borang soal selidik yang diedarkan oleh wanita itu. Selebihnya mungkin hanyalah “penulis” yang hidup dalam imaginasi dan dunia halusinasi ciptaan Raja Rajeswari!

24. Adakah anda mengizinkan maklumat diri anda didedahkan kepada umum?

Kelompok Penulis (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Saya Mengizinkan
0
0
0
0
Saya Tidak Mengizinkan
15
15
15
15

Kelompok Pembaca (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Saya Mengizinkan
0
0
0
0
Saya Tidak Mengizinkan
15
15
15
15

Kesemua 120 responden meminta supaya maklumat diri mereka dirahsiakan. Ada beberapa alasan yang diberikan apabila saya bertanya mengapa mereka tidak mahu mendedahkan maklumat diri.

Sebahagian responden mengenali Raja Rajeswari secara peribadi dan mereka tidak mahu melukakan hatinya. Sebahagian responden sering bertemu Raja Rajeswari dan mereka tidak mahu melukakan hatinya. Sebahagian responden dikenali oleh Raja Rajeswari dan mereka juga tidak mahu melukakan hatinya. Kebanyakan responden aktif di Facebook dan mereka tidak mahu Raja Rajeswari atau sekutunya mengganggu mereka jika maklumat diri mereka didedahkan kepada umum.


Walau bagaimanapun, kesemua 120 responden telah tampil secara sukarela untuk mengisi borang soal selidik yang diedarkan. Data yang terkumpul telah dianalisis dan dibincangkan dalam siri tulisan ini.

Alasan lain yang diberikan oleh responden adalah bahawa sebagaimana Raja Rajeswari merahsiakan nama para penulis kaum India yang kononnya mengisi borang soal selidik yang diedarkannya, maka saya juga perlu merahsiakan maklumat para responden yang tampil secara sukarela untuk mengisi borang soal selidik yang saya edarkan.

Saya menghormati pilihan mereka, dan saya mengucapkan terima kasih kepada kesemua 120 responden yang memberikan maklumat yang amat penting untuk dianalisis menerusi siri esei ini. [Kembali ke Bahagian Pengenalan]

[Esei ini disiarkan secara bersiri secara eksklusif di Blog Uthaya pada Jun 2017. © Uthaya Sankar SB 2017. Tidak boleh disiarkan di tempat lain tanpa kebenaran bertulis daripada penulis. Hubungi uthayasb@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut. Harap maklum bahawa anda membaca paparan di mana-mana blog kendalian Uthaya Sankar SB atas pilihan sendiri. Tidak ada sesiapa yang memaksa anda.]


No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!